Thursday, November 19, 2009

~tamat~

selesai sudah segala urusan thesis utk degree yang bertuah itu..makan duit beratus-ratus..hampir pening, sakit jantung, sakit jiwa dengan macam-macam masalah negara yang melanda time kritikal..memang sangat menyakitkan hati..

harapan, nak bagi makayah berpuas hati dan berbangga dengan pencapaian ana..harap dapat peluang yang lebih baik selepas ni..walaupun pening lalat nak fikir sambung belajar atau terus kerja..kerja jadi engineer..sambung belajar jadi lecturer..yang mana satu???

Tuesday, October 20, 2009

today is my big day =)



hari ni genap umur ana 24tahun..terima kasih mak ayah yang telah membesarkan ana..

Friday, August 28, 2009

bila berubah hati..

kadang-kadang ana rasa penat melayan hati dan perasaan..rasa benci pada orang yang kita sayang..kan bagus kalau ana boleh pergi jauh dari orang itu..pergi tempat baru..mulakan hidup baru tanpa membawa sebarang kenangan..kenangan tu menyakitkan dan menyebabkan ana membenci..
sekarang ana menyibukkan diri setiap minggu dengan aktiviti-aktiviti yang membuatkan ana terlupa yang ana mempunyai komitmen..itu membuatkan ana lebih bahagia..sebaris ayat yang dia lafaz, ana susah nak terima..tak taulah sampai bila situasi ni akan berlanjutan..ana cuma nak hidup sendiri tanpa sebarang kenangan dengan dia..

Friday, August 21, 2009

salam ramadhan

"SALAM RAMADHAN"
semoga ramadhan kali ini membawa 1001 keberkatan..amin..

Saturday, July 18, 2009

lega..

semalam hari terakhir praktikal..perasaan?fuh...leganya..terutama selepas presentation..sesedap hati je complain engineer kat situ depan uncle black..memang lupe nak pakai filter sebelum present..hehe..maaf,ana tak berniat nak kutuk or what-so-ever..itu cuma pandangan ana tentang keadaan sebenar..

sebab itu dunia ana bukan kehidupan kerja dikilang..sebab ana tak suke suasana kerja yang terikat dengan loceng penanda masa..ana rimas..ana lebih suka bebas, kerja dengan kreativiti..ana kurang minat konsep kerja jepun..ana lebih minat konsep barat..kerja tanpa sekatan kreativiti minda..bile tengok engineer tertekan dengan arahan pihak atasan, ana hanya mampu berdoa supaya ana tidak akan menempuh pengalaman sebegitu..ana paling benci kerja mengikut arahan..menyekat kreativiti minda..ana lebih senang kerja sendiri..business..keyword paling penting dalam hidup ana..

pengalaman kerja di yamauchi, bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat membuatkan ana bertambah matang..sesungguhnya dalam hidup ni kite tak perlu sombong..dan sangat bersyukur sebab ana sentiasa dapat nasihat yang berguna..tentang realiti kehidupan..syukur sangat2..terima kasih Mr Zainal, Mr Hadi, Mr Razi, Mr Nazri, Mrs Rohana..

Thursday, July 9, 2009

6 days..

rasa hampir2 mati kutu menunggu saat abis industrial training..rindu suasana kuliah..pagi2 freshie bangun siap2 nak g kuliah, ana lak siap2 nak g kilang..aduhai..hanya mampu mengira hari untuk kembali mentelaah buku,bergelumang dengan thesis, assignment, project, test..betul2 'gembira'..hehe

idup di kilang sangatlah bosan..memang ana tak betah dengan suasana kerja yang sebegini rupa..ana lebih suka mengajar..bok-bek-bok-bek depan kelas, pastu bagi soalan yang susah2 pada student..haha..

sesungguhnya ana tak sabar tunggu saat merdeka dari industrial training ni..bukannye tak best..tapi takut tersangkut dengan abg2 hensem kat sini..haha..(ayyomaa..cik teh..ubat gatal ade jual tak?)..hehe

Thursday, June 4, 2009

kelas pertama siri 2

ok..details on examination results..alhamdulillah semester lepas dapat 3.88, keseluruhan dapat 3.72..insyaAllah ana akan lipat gandakan usaha semester depan untuk capai target 4flat..tiap2 sem pun target 4flat tapi mimpi je nak dapat..tapi takpe..target tu penting..hehe


prinsip idup ana senang je, ni sume dari ayat keramat yang ayah cakap masa 'ruang tamu' di sekolah ta'ayah yang bertuah itu..ayah cakap "takpe, nak sukan biar sungguh2 sampai wakil negeri, kalau nak aktif persatuan, aktif sungguh2..biar puas hati.."..hasilnya, ana terkinja2 main ping pong sampai wakil negeri perak, tergedik2 atas pentas join pertandingan forum remaja dan bersungguh2 tidur dalam kelas..hehe..tapi sekarang ana dah ubah semua tu.."kalau nak jadi engineer, jadi engineer yang 1st class dari universiti world class..kalau nak jadi lecturer, jadi lecturer yang 1st class dari universiti world class..supaya dapat bagi 1st class lecture.."

kalau nak kawin, cari suami yang 1st class gak..haha..macam mustahil je..kali ni mau maraban pun kena tapis2 gak..nanti ramai lak yang terasa hati..tak gitu cik teh bidan?