Thursday, September 25, 2008

persimpangan dilema

apakah yang akan anda lakukan bilamana anda berada di satu persimpangan?
dikanan anda adalah jalan yang anda rancang untuk diri anda sendiri
dikiri anda adalah jalan hidup yang dirancang oleh seseorang yang ingin hidup bersama anda
ana :
sentiasa memandang dengan sayu kekanan
jalan yang telah dirancang untuk diri direnung lama
sangat2 inginkan segalanya berlaku seperti yang telah dirancang
tetapi tetap mengakui bahawa sebaik2 perancang adalah Dia
lama kuberfikir
sesungguhnya diri ini masih belum sedia bergerak kekiri
kaki masih kuat berpaku di tengah2 persimpangan dan sentiasa menoleh kekanan
makin lama semakin sayang untuk meninggalkan segala perancangan yang telah dirancang
ini duniaku
aku hidup hanya sekali dan ingin melakukan yang terbaik dalam kehidupan yang sekali ini
ku mohon dan kupinta supaya kalian memahami diriku
masih terlalu awal untuk memikul tanggungjawab
masih belum bersedia untuk bergelar isteri
masih memandang kekanan
dan perlahan2 melangkah kekanan dengan azam yang tinggi
akan ku usaha untuk mencapai segala yang telah kurancang
ku doa agar kau memahami
permintaan ku ini
untuk diriku yang selama ini amat bertolak ansur dengan dirimu
beri ruang untuk diriku
aku mempunyai impian hidup
ingin berjaya dalam hidup yang sekali ini
dan aku positif melangkah meneruskan hari2 ku
aku semakin tabah dan matang untuk menjalani liku2 hidup


~usah mengharap dan usah menanti..dikanan adalah jalan hidupku..pilihanku..~

Monday, September 22, 2008

PERMINTAAN

ANA NAK HIDUP SENDIRI..ANA SEDIH,GERAM DAN KECEWA UNTUK TERUS MENGENALI KAMU.CUKUP SAMPAI SINI ANA KENAL SIAPA KAMU.KAMU TERLALU MENGECEWAKAN.

Sunday, September 21, 2008

erti hidup

kepada seseorang yang setia mengikuti perkembangan diri ana secara virtual..entry ni ana post untuk anda..

ana selalu pegang kata2 ni.."hidup ni sekali je..jadi wat yang terbaik untuk diri kita dalam hidup yang sekali ni..buat kebaikan kepada semua orang dalam kehidupan kita yang sekali ni..hargai orang2 yang hanya datang dalam kehidupan yang sekali ni..bekerja macam kita akan hidup 100tahun lagi dan beribadat seperti kita akan mati pada esok hari..buat yang terbaik dalam pekerjaan yang dilakukan dalam kehidupan yang sekali ni..dan sayangi orang yang kita sayang dalam kehidupan yang sekali ni dengan seikhlas hati.."

kena selalu berlapang dada dengan segala ujian sebab semua masalah ada jalan penyelesaian..jangan terlalu fikirkan segala hal yang merentangi jalan kita menuju kedepan..just put it aside and move forward..orang yang lemah adalah orang yang mengalah pada masalah..kena selalu ingat bahawa semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi..jangan terlalu fikirkan hal2 yang akan membawa kebinasaan dan kehancuran pada diri..

ana sentiasa penuhi jadual harian ana dengan melakukan perkara yang ana suka dan boleh membuatkan ana tenang..ana sibukkan diri ana dengan pelbagai perkara sehingga ana terasa begitu penat dan tertidur tanpa sempat berfikir mengenai hal2 yang lepas..ana berusaha semampu dan sedaya mungkin untuk memajukan diri, positif dalam segala hal, lakukan segala kerja dengan sepenuh perhatian..rahsia untuk ana sentiasa positif ialah selalu berlapang dada dengan segala ujian..

pada ana semua orang adalah istimewa..semua orang memiliki keistimewaan masing2..dan terpulanglah pada diri kita untuk menggunakan keistimewaan anugerah Allah dengan sebijaknya..ana akui semua orang ada kelemahan masing2 tapi kelemahan itu bukan penyebab untuk kita berputus asa..seharusnya jangan bersedih dengan segala ujian yang melanda..Allah tidak turunkan hujan di tengah hari melainkan untuk memperlihatkan pelangi yang cantik kepada kita..

~selamat berjuang~

ana sentiasa doakan kesejahteraan anda..semoga anda sentiasa sihat dan berjaya dalam segala perkara yang dilakukan..

Friday, September 19, 2008

bebanan jiwa..

kadang2 ana wonder sangat2 kenapa perempuan tak boleh idup tanpa lelaki dan kenapa lelaki tak boleh idup tanpa perempuan..malam tadi masa tengah mengaji sementara tunggu isyak, adik ana call..ebab menangis lagi..bagitau die tak dapat perform bagus untuk test math die..sedih sangat2 ana dengar bila die menangis, tak makan untuk berbuka..waktu ni ana berlagak tabah..pujuk ebab..lepas letak call, ana sambung mengaji tapi dah berubah nada..tak lama selepas tu ana mula menangis..setabah2 ana, sekuat2 ana, ana still rasa sedih dan selalu menangis bila ana tak tertanggung segala bebanan jiwa..sejujurnya ana memerlukan seseorang yang boleh menjadi penguat semangat untuk ana, walaupun depan pasangan ana akan jadi orang yang paling tabah, paling kuat semangat, tapi wanita tetap memerlukan lelaki dalam hidup..ana doa supaya ana tetap tabah..demi mak ayah, adik2 ana..

selepas habis group discussion kul12malam, ana terus terbaring dan termenung..terlalu berliku jalan hidup ni..tapi ana akan tetap berusaha untuk sampai ke destinasi..rasa penat sangat2..dalam hati cakap "bagusnye kalau dah kawin, boleh luah dan mengadu macam2.."..adeii..sampai ke situ lak ana mengeluh..

sangat2 berdoa supaya suatu hari nanti ana akan bertemu dengan pelengkap hidup ana..boleh terima segala buruk dan baik ana..sanggup hidup susah dan senang dengan ana yang terlalu banyak kelemahan ni..

Thursday, September 18, 2008

projek sarjana muda chapter1

tadi ana daftar nama untuk buat projek sarjana muda (thesis) untuk semester depan..maknanye cuti sebulan ni kena betul2 bersedia fizikal dan mental untuk masuk semester depan..kena mula cari maklumat..ana ingat nak propose tajuk berkenaan dengan CAD/CAM atau CNC machine..minat ana lebih kepada computer programming dan computer aided drawing terutama solidwork dan autoCAD..memang time diploma dulu ni jadi makanan harian..cuti semester nanti nak mantapkan lagi penguasaan dalam software2 ni..nak lebih lagi kalau boleh..nak belajar pro-E dengan NASTRAN..ermm..macam tamak lak..hehe

ni tengah tunggu kelas component design kul2..ptg ni ade progress presentation untuk projek..group ana wat design untuk gear system dalam jam tangan..gear system taklah mencabar sangat berbanding dengan component lain yang terlalu complicated calculation nye..memang kitorang aim nak buat gear system sebab senang, dah belajar lebih kurang macam subjek mechanics of machine..harap2 projek ni cepat siap..huhu

~laparnye...panas terik sekarang ni...

Tuesday, September 16, 2008

persediaan mental

sebelum raya ni ana ade 5projek kena submit..component design, entreprenuership, quality control, finite element, engineering managenent..revision untuk test2 bagi semua subjek yg dijadualkan selepas raye pun kena start dari sekarang..semua kena pulun dan pulun dan pulun..semua kena siapkan on time..ni lah bab paling mencabar..bile due date semakin hampir..hehe..adei..

schedule ana sekarang ni after mengaji pas maghrib terus tarik comforter, tido sampai kul10mlm..huhu..bangun2 terus solat isyak, terawih dan macam2 lagi jenis solat..pastu study dan wat keje pape yang patut, bile rase tak larat nak study dah terus tutup lampu study dan seterusnye tido..pas sahur ana siap2 iron baju, solat subuh, mengaji dan tido sekejap sementara tggu kelas..

bukan malas nak g terawih tapi bile kelas abis kul6, kelas full from 10am to 6pm, badan ana dah nenongnenong (ermm..ni sensor ala2 bunyi siren ambulans)..harap2 ana ni kuat skitlah sistem ketahanan badan supaya boleh siapkan semua projek ni on time..

Friday, September 12, 2008

erti teman sejati

"ketika anda mendapatkan manfaat dari persahabatan dan merasa bahagia dengan persahabatan anda, maka itu adalah kebahagiaan tersendiri buat diri anda"
~La Tahzan~


~jodoh pertemuan ditangan tuhan

Thursday, September 11, 2008

2nd time..

berbuka tadi ana berbuke kat masjid utk kali ke-2..ape ye yang seronok berbuke kat masjid, makan dalam talam?..hmm..seronok dapat jumpe kawan2 baru..seronok rase meriah berbuke sama2..seronok dapat terus solat, mengaji, terawih kat masjid..seronok jumpe kawan2 kelas yang lain..pendek kata seronok merapatkan ukhuwah dengan kawan2 yang selalu datang masjid..

hari ni patut ade test scuba tapi last2 kitorang tak perlu attend final sebab kitorang just dinilai dari komitmen masa hari pelanggan nanti..lega rasanye...ana nak kongsi summary yang ana wat untuk subjek ni..hehe

"kalau underwater perlu breathing continuously, apatah lagi ketika diatas darat perlu sentiasa bernafas selagi bernyawa untuk teruskan hidup...
kalau underwater perlu bijak equalize our ear when we feel discomfort, apatah lagi atas darat kita perlu bijak equalize telinga untuk hal2 yang perlu didengar dan tidak perlu..
kalau underwater perlu handle perubahan tekanan, apatah lagi di atas darat kita harus
menghadapi semua tekanan yang datang dari pelbagai penjuru dengan waras...
kalau underwater perlukan buddy, apatah lagi di atas darat kita juga perlukan buddy...
kalau underwater kita perlu berkomunikasi dengan berkesan walaupun dengan menggunakan isyarat tangan, apatah lagi di atas darat kita perlu berkomunikasi dengan lebih berkesan...
kalau underwater kita harus berkongsi sumber oksigen sekiranya kecemasan, apatah lagi jika diatas darat kita perlu berkongsi sumber untuk terus sama2 hidup....
kalau underwater kita boleh bersuka ria, apatah lagi diatas darat patutnya tiada duka lara..."

kita hidup hanya sekali dan biarlah kita menjadi yang terbaik dalam hidup yang sekali ini..dalam hidup yang hanya sekali ini seharusnya tidak dibebani dengan perasaan2 yang tidak enak..seharusnya menghargai kehidupan yang sekali ini dengan melakukan kebaikan kepada semua..

love this simple word so much..."sail the wind...ride the ocean..." try to understand the meaning, try to open my mind about life..

~ketenangan diperolehi sesudah solat..sesungguhnya sebaik2 petunjuk diperolehi dengan istikharah...

Wednesday, September 10, 2008

ana layan lagu..

ape ntah angin dari kelmarin ana asyik repeat lagu "dirantai digelangi rindu" kumpulan exist..ingat lagi lagu ni meletup time ana form2..siap suh kawan tuliskan lirik lagi..hehe

syahdu malam berlagu sepi
mengiring rawan dalam taman hati
gelisah menanti kau kembali
manja menagih pujukan disisi
kerna desakan cinta
ku dirantai digelangi rindu
sehingga diriku sanggup mengalah kepadamu
dosamu kuanggapkan debu
bisa diterbang angin yang lalu
kusedia memaafkanmu
biar aku berparut seribu
asal sembuh lukamu
pahit ku rasa madu
pulanglah oh kasihku
kurayu kepadamu
janganlah diturutkan mainan perasaanmu
serikanlah duniaku
yang semakin tandus dan gersang
dengan belaian senda gurauanmu
duhai sayang
pulanglah..

aiye..kalau mengaji quran kan lagi bagus pose2 ni dari layan lagu rock kapak ni..hehe..xpe2,ana tadarus gak..mereng ape ntah teringat kat kawan2 sekolah menengah dulu..kul2 ni ade test scuba, on paper..tapi ape2 pun xbace lagi..hehe..

Saturday, September 6, 2008

menu berbuka =)

sejak 1st ramadhan ana asyik mengigau nak makan best2 terutama masakan kampung macam ikan talapia cicah air asam, sambal tempoyak, rebus jantung pisang, pecal, dan banyak lagilah yang tiap2 hari wat list dalam kepala time lecturer ngajar kat depan..hehe..teruk betul..

hari ni berbuka kat luar dengan budak2 final year..ala, budak pempuan mekanikal kat UTM ni bukannye ramai mane pun..jadi kitorg senang lah nak together2 g berbuka ni..konvoi 3bijik kete..makan ikan siakap stim, tomyam campur, kailan ikan masin, pastu macam2 lagi lah bile dah ramai2 ni..sampai tak sedar mak mertua lalu belakang..hehe..ayat iklan..

tapi ana tengah tunggu gak mak pos sambal tempoyak ni..haha..penat bodek2 & ngorat2 mak tapi mak asyik malas nak layan je..sedih betul..huhu..mak cakap malas nak layan request ngade2..hehe..ala, time ni jelah boleh nak manje2 dengan mak kan..nanti dah kawin beranak pinak sure mak dah lebihkan cucu lak..hehe

erm..sok nak makan pe lak ye..hehe..ni lagi bulan pose lagi suke merapu selera makan ni..tak dapat nak tolong lah..perut yang banyak songel..

Wednesday, September 3, 2008

ana & ramadhan

ana suke sangat2 bulan ramadhan ni..sebab banyak makanan sedap2 yang boleh kite jumpe kat bazar ramadhan..huhu..aiyoo..teruk betul..taklah, ramadhan ni bulan paling tenang sekali..nak stay up pun takde masalah, rasa segar je sementara nak tunggu sahur..pastu mengeratkan silaturrahim sesama kenkawan..

puasa kali ni group berbuka ana bertambah seorang ahli..cik ray..minah ni memang sporting abes dan happening gak..lagi satu die ni pakar bab makanan, kat mane tempat makan best2 sumer die tau..pastu yang tak boleh tahannye die ni agak kelakar dan sempoi..standard budak2 sekolah semua perempuan..hehe..including me lah..sempoi je 24jam..hihi..ye ke ana sesempoi itu..ana dulu sekolah sumer pempuan, memang best lah kenangan pose kat sekolah dulu..sesempoi2 manusia..boleh tido sambil berdiri time terawih..hehe..cik teh, sila jangan wat2 lupe lak ni hobi ko dulu kan...hihi