Sunday, December 28, 2008

pesanan penaja

mak
"pasni jangan nak menerewang dah.."

ayah
"jaga kelakuan.."

maktam zilah
"dah kena booking dah tak boleh nak menerewang"

acu
"congrats..haha..new life begin.."

paklang
"baguslah ayu.."

adik2
"kahkahkah.."

me,myself and i...
huu...i lost my single life...hmmm...no more hu-ha-hu-ha..saham pun jatuh bedebuk...huh...seramnye..

Thursday, December 25, 2008

its me..


end of the year...

pendapat ana tentang tahun 2008...
tahun yang sangat penuh dengan ujian..paling banyak perkara yang terjadi..semuanya bertalu-talu non-stop..dari satu hal ke satu hal..tahun yang sangat menduga & menguji ketabahan hati..masalah kesihatan, masalah relationship, dan masalah negara..masalah kewangan je takde..syukur..awal tahun penuh azam, akhir tahun pun dah penuh dengan azam..akhir tahun diakhiri dengan kesyukuran sebab segalanya berakhir dan ana mampu hadapi segalanya dengan sabar & tabah..bak kata farah fauzana, layannn...

tahun ni gak banyak belajar apa itu kehidupan..hidup yang cuma sekali ni, banyak sangat liku-liku dan simpang siur..selama ni dunia ana cuma impian ana untuk excellent dalam study, dapatkan 1st class..yang lain ana tolak ketepi, sebab ana cuma tumpu pada impian dan target ana..itu life ana, itu impian ana, itu kepuasan diri ana, itu dunia ana..dunia ana adalah segala sijil pelajar terbaik, anugerah dekan dan segala yang lain..sehinggakan ana lupa kesihatan ana, abaikan hak tubuh badan ana yang sememangnya perlu diberi perhatian..sebab dalam fikiran ana, sementara ana masih mampu untuk berusaha dapatkan segala impian ana, ana akan kerah keringat ana untuk impian ana..ana lupa ana dah menzalimi tubuh badan ana..selama ini ana benci pada kemalangan yang membataskan segalanya..ana tak boleh aktif, ana stop main ping-pong, hidup dibayangi ketakutan dan trauma, ana berhenti tonjolkan potensi diri, rasa rendah diri..hanya pencapaian dalam pelajaran yang jadi pengubat hati..sebab itu dunia ana cuma impian ana..

lama kelamaan, ana sedar segala yang berlaku dibawah kekuasaan Allah..Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..ana redha dengan segala ketentuan..






Saturday, December 20, 2008

letter to everyone

cik teh..bile nak balik m'sia??rindu lah...raya tak jumpa gak..penat tunggu ko balik...

hehe..sure cik teh tergaru-garu kepala mengenangkan sepupu yang separuh mental ni..

surat terbuka untuk semua..yang berada di angkasaraya mahupun di dasar lautan..

isinya cukup mudah...

jangan lupa masak nasik untuk lunch jap lagi..hehe

++++ana yang penat main sudoku..

Monday, December 15, 2008

come on ana..aim higher!!


lagi 2minggu nak start kuliah..need more spirit and energy..next sem ana dah start doing thesis and this is very hard-to-do job because maybe i'll do thesis about modelling plastic injection by using specific software..(cik teh,plastic injection ni bukan untuk inject pesakit tau...haha)

for next sem, ana akan letakkan target 4.00 for beginning and it will reduced based on environmental factor and performance during tests..(hopefully next sem akan lebih aman dan tenteram..) for last sem, ana just maintain DL and 1st class but sangat2 teruk sebab jatuh bergolek dan nyawa2 ikan..hampir tergelincir keluar dari range lower limit for DL and 1st class..lama termenung, menangis sikit, dan menyesal banyak sebab tak pandai handle problem..walaupun ana IQ tinggi, tapi EQ agak rendah (ini diakui SIRIM..hehe)

harap2, ana akan lebih berdaya saing, lebih agresif mengejar impian, lebih competitive dalam pelajaran..betul kata cik teh, tak rugi jadi nerd..nerd, low profile but high quality, and low maintenance..kalau dalam quality engineering, kena ikut method yang digunakan oleh Japanese..sebab they always want to reduce the cost but want to increase the quality..therefore, ana kena belajar jadi orang Jepun yang hardworking..gambate!!

Tuesday, November 25, 2008

isi hati hanya Allah yang mengetahui

Hati...satu organ yang sangat misteri..isi didalam hati..

kenapa dengan hati ana..?

semampunya,sebolehnya, semua orang inginkan kesempurnaan..tetapi manusia itu tidak ada yang sempurna..ana,semampunya,semahunya,sebolehnya inginkan kehidupan yang baik, bahagia dan gembira, dikelilingi orang2 yang disayang..sangat inginkan perubahan yang baik dalam diri..bila direnung, bukan salah emak ayah, bukan salah cikgu, bukan salah kawan,..yang salah adalah diri sendiri..semahunya yang pincang itu ingin diubah, supaya tidak lagi tempang, terhencot-hencot...

hati ana sangat rindukan kedamaian suasana islamik, suasana persekitaran yang tenang..ana rindu bumi waqafan Ta'ayah, KUSZA..ana rindu segala yang menenangkan hati dan fikiran..

kenapa hati tak tenang?...banyak dosa..lalai..

abis tu nak wat pe?...jangan wat dosa..sentiasa beringat...

hmmm.....tepuk dada tanya iman..nak membimbing bukannya mudah...silap2 yang membimbing tersasar jauh..yang dibimbing apatah lagi..mampu atau tidak, jawapan pada hati..

Tuhanku,kuatkan hatiku..jangan Kau sasarkan diriku jauh dari jalanMu..jangan Kau uji aku dengan ujian yang tidak terdaya untukku pikul..hanya padaMu tempat ku bergantung..

buku rujukan tambahan untuk kaklong

"kaklong"..panggil kakchik sambil keluarkan kain dari mesin basuh..

"hmm.." jawabku..tangan menumbuk bawang dan cili untuk masak gulai taucu..

"ko patut baca buku 'aku terima nikahnya'..." tiba-tiba kakchik bersuara..sebelum ni idea-idea dan pendapat die agak sempoi dan nampak cool je..antaranya bercita-cita nak register dalam Unit Baitul Muslim..jadi, ana angkat kepala tengok kakchik..

"kenapa lak orang kena baca buku tu?.." peliknye...

"ko kan dah nak kawin..." balasnya selamba sambil tekan butang mesin basuh

**adusss...rase lesung batu melayang ke kepala, buat pusingan 360 darjah..

"emak..kaklong nak tanya.."

pagi tadi..di meja makan..sedang menggoreng ikan,ana mendekati emak..emak baru siap memantau ikhwan menyimen tepi rumah..
....
"emak..takpe ke kawin tanpa rasa cinta?"..eh,soalan ape ni..hati berkata..

emak sekadar menoleh..kemudian mengambil cawan dan duduk di meja makan..ana membontoti emak..

"kenapa tanya camtu?" emak tanya balik..sambil makan roti

"hmm.." hilang kata-kata..

setelah luahkan segala..emak menyudahi perbualan..

"istikharah..doa jika betul jodoh,mintak dipermudahkan..berserah pada Allah..Allah lebih mengetahui apa yang terbaik..kalau betul jodoh,segalanya akan berjalan lancar..hati jangan terlalu mengharap, nanti akan kecewa..cukuplah hati bergantung pada Allah, supaya tidak akan kecewa dan menyesal.."

ana cuma memandang emak..semoga menjadi lebih kuat..emak cukup memahami..cukup banyak memberi peringatan..

"Allah sebaik-baik tempat bergantung"...berulangkali hati berkata begitu..

semoga Allah memberikan yang terbaik dalam hidupku..amin



Wednesday, November 19, 2008

zaman kehancuran

sepertimana yang kite belajar dalam teori tamadun, kitarannya akan habis apabila melepasi zaman kegemilangan..lazimnya disebabkan serangan musuh, pemberontakan kerana kezaliman penguasa, berpaling dari kebenaran dan lalai dengan nikmat yang dikurniakan...

kaitannya dengan ana??

zaman kegemilangan ana hampir padam..mungkin disebabkan serangan musuh, serangan virus, lalai..yang nyatanya, kehancuran sedikit ini memberi impak yang sangat besar dalam hidup ana..keseluruhannya...

impian ana, pendirian ana, matlamat ana, segala-galanya...semoga ana cepat bangkit dari kejatuhan ini dan build up new life, new Nur Raihana and new destiny..

-beramal kerana Allah

Tuesday, November 4, 2008

final exam

saat yang paling mendebarkan...
kalau boleh taknak final..tolonglah....hehe
pape pun kena tempuh gak minggu yang menakutkan ni..huuuuu...mak..ayah...tolong jawabkan exam ni...

Monday, October 20, 2008

20 oktober 2008

today is my besday..hehe..hepi besday ana..dah 23tahun...hehehe..sangat2 gumbira sebab dah besar..hehehehehehehehe....sok ade test..doakan ana ek...daaa

Saturday, October 18, 2008

i'm back!!!yuhuuuu....

lega betul dah selesai 3paper 2nd test...fuhhh...ade lagi 2test yang kena ikat kepala pasni..19hb dgn 21hb10 ni...minggu ni paling menyakitkan kepala & badan bile bersengkang mate sepanjang malam..pulun untuk skor 2nd test untuk semua subjek..sesungguhnye ana tidak sanggup untuk melihat slip keputusan periksa yang tak pernah termimpi nak dapat sedasat2nyer..oklah..ni nak sertakan gambar2 sepanjang raye ari tu..awal2 ari tuh terlalu sibuk tak dapat nak upload..kepada cik teh yang tak sempat nak jumpe sepupu yang cun melecun ni (wuekk!!!huhu..), silelah tengok betapa gumbirenye beraya di kampung..hehe..

ni banyak gambar dengan adik2 pempuan je..yang lelaki kitorang malas nak ajak diorang tangkap gambar..semua macam poyo2 je terutama ehsan..macamlah hensem sangat..huh..kitorang muke sume sepesen je..hehe

Thursday, September 25, 2008

persimpangan dilema

apakah yang akan anda lakukan bilamana anda berada di satu persimpangan?
dikanan anda adalah jalan yang anda rancang untuk diri anda sendiri
dikiri anda adalah jalan hidup yang dirancang oleh seseorang yang ingin hidup bersama anda
ana :
sentiasa memandang dengan sayu kekanan
jalan yang telah dirancang untuk diri direnung lama
sangat2 inginkan segalanya berlaku seperti yang telah dirancang
tetapi tetap mengakui bahawa sebaik2 perancang adalah Dia
lama kuberfikir
sesungguhnya diri ini masih belum sedia bergerak kekiri
kaki masih kuat berpaku di tengah2 persimpangan dan sentiasa menoleh kekanan
makin lama semakin sayang untuk meninggalkan segala perancangan yang telah dirancang
ini duniaku
aku hidup hanya sekali dan ingin melakukan yang terbaik dalam kehidupan yang sekali ini
ku mohon dan kupinta supaya kalian memahami diriku
masih terlalu awal untuk memikul tanggungjawab
masih belum bersedia untuk bergelar isteri
masih memandang kekanan
dan perlahan2 melangkah kekanan dengan azam yang tinggi
akan ku usaha untuk mencapai segala yang telah kurancang
ku doa agar kau memahami
permintaan ku ini
untuk diriku yang selama ini amat bertolak ansur dengan dirimu
beri ruang untuk diriku
aku mempunyai impian hidup
ingin berjaya dalam hidup yang sekali ini
dan aku positif melangkah meneruskan hari2 ku
aku semakin tabah dan matang untuk menjalani liku2 hidup


~usah mengharap dan usah menanti..dikanan adalah jalan hidupku..pilihanku..~

Monday, September 22, 2008

PERMINTAAN

ANA NAK HIDUP SENDIRI..ANA SEDIH,GERAM DAN KECEWA UNTUK TERUS MENGENALI KAMU.CUKUP SAMPAI SINI ANA KENAL SIAPA KAMU.KAMU TERLALU MENGECEWAKAN.

Sunday, September 21, 2008

erti hidup

kepada seseorang yang setia mengikuti perkembangan diri ana secara virtual..entry ni ana post untuk anda..

ana selalu pegang kata2 ni.."hidup ni sekali je..jadi wat yang terbaik untuk diri kita dalam hidup yang sekali ni..buat kebaikan kepada semua orang dalam kehidupan kita yang sekali ni..hargai orang2 yang hanya datang dalam kehidupan yang sekali ni..bekerja macam kita akan hidup 100tahun lagi dan beribadat seperti kita akan mati pada esok hari..buat yang terbaik dalam pekerjaan yang dilakukan dalam kehidupan yang sekali ni..dan sayangi orang yang kita sayang dalam kehidupan yang sekali ni dengan seikhlas hati.."

kena selalu berlapang dada dengan segala ujian sebab semua masalah ada jalan penyelesaian..jangan terlalu fikirkan segala hal yang merentangi jalan kita menuju kedepan..just put it aside and move forward..orang yang lemah adalah orang yang mengalah pada masalah..kena selalu ingat bahawa semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi..jangan terlalu fikirkan hal2 yang akan membawa kebinasaan dan kehancuran pada diri..

ana sentiasa penuhi jadual harian ana dengan melakukan perkara yang ana suka dan boleh membuatkan ana tenang..ana sibukkan diri ana dengan pelbagai perkara sehingga ana terasa begitu penat dan tertidur tanpa sempat berfikir mengenai hal2 yang lepas..ana berusaha semampu dan sedaya mungkin untuk memajukan diri, positif dalam segala hal, lakukan segala kerja dengan sepenuh perhatian..rahsia untuk ana sentiasa positif ialah selalu berlapang dada dengan segala ujian..

pada ana semua orang adalah istimewa..semua orang memiliki keistimewaan masing2..dan terpulanglah pada diri kita untuk menggunakan keistimewaan anugerah Allah dengan sebijaknya..ana akui semua orang ada kelemahan masing2 tapi kelemahan itu bukan penyebab untuk kita berputus asa..seharusnya jangan bersedih dengan segala ujian yang melanda..Allah tidak turunkan hujan di tengah hari melainkan untuk memperlihatkan pelangi yang cantik kepada kita..

~selamat berjuang~

ana sentiasa doakan kesejahteraan anda..semoga anda sentiasa sihat dan berjaya dalam segala perkara yang dilakukan..

Friday, September 19, 2008

bebanan jiwa..

kadang2 ana wonder sangat2 kenapa perempuan tak boleh idup tanpa lelaki dan kenapa lelaki tak boleh idup tanpa perempuan..malam tadi masa tengah mengaji sementara tunggu isyak, adik ana call..ebab menangis lagi..bagitau die tak dapat perform bagus untuk test math die..sedih sangat2 ana dengar bila die menangis, tak makan untuk berbuka..waktu ni ana berlagak tabah..pujuk ebab..lepas letak call, ana sambung mengaji tapi dah berubah nada..tak lama selepas tu ana mula menangis..setabah2 ana, sekuat2 ana, ana still rasa sedih dan selalu menangis bila ana tak tertanggung segala bebanan jiwa..sejujurnya ana memerlukan seseorang yang boleh menjadi penguat semangat untuk ana, walaupun depan pasangan ana akan jadi orang yang paling tabah, paling kuat semangat, tapi wanita tetap memerlukan lelaki dalam hidup..ana doa supaya ana tetap tabah..demi mak ayah, adik2 ana..

selepas habis group discussion kul12malam, ana terus terbaring dan termenung..terlalu berliku jalan hidup ni..tapi ana akan tetap berusaha untuk sampai ke destinasi..rasa penat sangat2..dalam hati cakap "bagusnye kalau dah kawin, boleh luah dan mengadu macam2.."..adeii..sampai ke situ lak ana mengeluh..

sangat2 berdoa supaya suatu hari nanti ana akan bertemu dengan pelengkap hidup ana..boleh terima segala buruk dan baik ana..sanggup hidup susah dan senang dengan ana yang terlalu banyak kelemahan ni..

Thursday, September 18, 2008

projek sarjana muda chapter1

tadi ana daftar nama untuk buat projek sarjana muda (thesis) untuk semester depan..maknanye cuti sebulan ni kena betul2 bersedia fizikal dan mental untuk masuk semester depan..kena mula cari maklumat..ana ingat nak propose tajuk berkenaan dengan CAD/CAM atau CNC machine..minat ana lebih kepada computer programming dan computer aided drawing terutama solidwork dan autoCAD..memang time diploma dulu ni jadi makanan harian..cuti semester nanti nak mantapkan lagi penguasaan dalam software2 ni..nak lebih lagi kalau boleh..nak belajar pro-E dengan NASTRAN..ermm..macam tamak lak..hehe

ni tengah tunggu kelas component design kul2..ptg ni ade progress presentation untuk projek..group ana wat design untuk gear system dalam jam tangan..gear system taklah mencabar sangat berbanding dengan component lain yang terlalu complicated calculation nye..memang kitorang aim nak buat gear system sebab senang, dah belajar lebih kurang macam subjek mechanics of machine..harap2 projek ni cepat siap..huhu

~laparnye...panas terik sekarang ni...

Tuesday, September 16, 2008

persediaan mental

sebelum raya ni ana ade 5projek kena submit..component design, entreprenuership, quality control, finite element, engineering managenent..revision untuk test2 bagi semua subjek yg dijadualkan selepas raye pun kena start dari sekarang..semua kena pulun dan pulun dan pulun..semua kena siapkan on time..ni lah bab paling mencabar..bile due date semakin hampir..hehe..adei..

schedule ana sekarang ni after mengaji pas maghrib terus tarik comforter, tido sampai kul10mlm..huhu..bangun2 terus solat isyak, terawih dan macam2 lagi jenis solat..pastu study dan wat keje pape yang patut, bile rase tak larat nak study dah terus tutup lampu study dan seterusnye tido..pas sahur ana siap2 iron baju, solat subuh, mengaji dan tido sekejap sementara tggu kelas..

bukan malas nak g terawih tapi bile kelas abis kul6, kelas full from 10am to 6pm, badan ana dah nenongnenong (ermm..ni sensor ala2 bunyi siren ambulans)..harap2 ana ni kuat skitlah sistem ketahanan badan supaya boleh siapkan semua projek ni on time..

Friday, September 12, 2008

erti teman sejati

"ketika anda mendapatkan manfaat dari persahabatan dan merasa bahagia dengan persahabatan anda, maka itu adalah kebahagiaan tersendiri buat diri anda"
~La Tahzan~


~jodoh pertemuan ditangan tuhan

Thursday, September 11, 2008

2nd time..

berbuka tadi ana berbuke kat masjid utk kali ke-2..ape ye yang seronok berbuke kat masjid, makan dalam talam?..hmm..seronok dapat jumpe kawan2 baru..seronok rase meriah berbuke sama2..seronok dapat terus solat, mengaji, terawih kat masjid..seronok jumpe kawan2 kelas yang lain..pendek kata seronok merapatkan ukhuwah dengan kawan2 yang selalu datang masjid..

hari ni patut ade test scuba tapi last2 kitorang tak perlu attend final sebab kitorang just dinilai dari komitmen masa hari pelanggan nanti..lega rasanye...ana nak kongsi summary yang ana wat untuk subjek ni..hehe

"kalau underwater perlu breathing continuously, apatah lagi ketika diatas darat perlu sentiasa bernafas selagi bernyawa untuk teruskan hidup...
kalau underwater perlu bijak equalize our ear when we feel discomfort, apatah lagi atas darat kita perlu bijak equalize telinga untuk hal2 yang perlu didengar dan tidak perlu..
kalau underwater perlu handle perubahan tekanan, apatah lagi di atas darat kita harus
menghadapi semua tekanan yang datang dari pelbagai penjuru dengan waras...
kalau underwater perlukan buddy, apatah lagi di atas darat kita juga perlukan buddy...
kalau underwater kita perlu berkomunikasi dengan berkesan walaupun dengan menggunakan isyarat tangan, apatah lagi di atas darat kita perlu berkomunikasi dengan lebih berkesan...
kalau underwater kita harus berkongsi sumber oksigen sekiranya kecemasan, apatah lagi jika diatas darat kita perlu berkongsi sumber untuk terus sama2 hidup....
kalau underwater kita boleh bersuka ria, apatah lagi diatas darat patutnya tiada duka lara..."

kita hidup hanya sekali dan biarlah kita menjadi yang terbaik dalam hidup yang sekali ini..dalam hidup yang hanya sekali ini seharusnya tidak dibebani dengan perasaan2 yang tidak enak..seharusnya menghargai kehidupan yang sekali ini dengan melakukan kebaikan kepada semua..

love this simple word so much..."sail the wind...ride the ocean..." try to understand the meaning, try to open my mind about life..

~ketenangan diperolehi sesudah solat..sesungguhnya sebaik2 petunjuk diperolehi dengan istikharah...

Wednesday, September 10, 2008

ana layan lagu..

ape ntah angin dari kelmarin ana asyik repeat lagu "dirantai digelangi rindu" kumpulan exist..ingat lagi lagu ni meletup time ana form2..siap suh kawan tuliskan lirik lagi..hehe

syahdu malam berlagu sepi
mengiring rawan dalam taman hati
gelisah menanti kau kembali
manja menagih pujukan disisi
kerna desakan cinta
ku dirantai digelangi rindu
sehingga diriku sanggup mengalah kepadamu
dosamu kuanggapkan debu
bisa diterbang angin yang lalu
kusedia memaafkanmu
biar aku berparut seribu
asal sembuh lukamu
pahit ku rasa madu
pulanglah oh kasihku
kurayu kepadamu
janganlah diturutkan mainan perasaanmu
serikanlah duniaku
yang semakin tandus dan gersang
dengan belaian senda gurauanmu
duhai sayang
pulanglah..

aiye..kalau mengaji quran kan lagi bagus pose2 ni dari layan lagu rock kapak ni..hehe..xpe2,ana tadarus gak..mereng ape ntah teringat kat kawan2 sekolah menengah dulu..kul2 ni ade test scuba, on paper..tapi ape2 pun xbace lagi..hehe..

Saturday, September 6, 2008

menu berbuka =)

sejak 1st ramadhan ana asyik mengigau nak makan best2 terutama masakan kampung macam ikan talapia cicah air asam, sambal tempoyak, rebus jantung pisang, pecal, dan banyak lagilah yang tiap2 hari wat list dalam kepala time lecturer ngajar kat depan..hehe..teruk betul..

hari ni berbuka kat luar dengan budak2 final year..ala, budak pempuan mekanikal kat UTM ni bukannye ramai mane pun..jadi kitorg senang lah nak together2 g berbuka ni..konvoi 3bijik kete..makan ikan siakap stim, tomyam campur, kailan ikan masin, pastu macam2 lagi lah bile dah ramai2 ni..sampai tak sedar mak mertua lalu belakang..hehe..ayat iklan..

tapi ana tengah tunggu gak mak pos sambal tempoyak ni..haha..penat bodek2 & ngorat2 mak tapi mak asyik malas nak layan je..sedih betul..huhu..mak cakap malas nak layan request ngade2..hehe..ala, time ni jelah boleh nak manje2 dengan mak kan..nanti dah kawin beranak pinak sure mak dah lebihkan cucu lak..hehe

erm..sok nak makan pe lak ye..hehe..ni lagi bulan pose lagi suke merapu selera makan ni..tak dapat nak tolong lah..perut yang banyak songel..

Wednesday, September 3, 2008

ana & ramadhan

ana suke sangat2 bulan ramadhan ni..sebab banyak makanan sedap2 yang boleh kite jumpe kat bazar ramadhan..huhu..aiyoo..teruk betul..taklah, ramadhan ni bulan paling tenang sekali..nak stay up pun takde masalah, rasa segar je sementara nak tunggu sahur..pastu mengeratkan silaturrahim sesama kenkawan..

puasa kali ni group berbuka ana bertambah seorang ahli..cik ray..minah ni memang sporting abes dan happening gak..lagi satu die ni pakar bab makanan, kat mane tempat makan best2 sumer die tau..pastu yang tak boleh tahannye die ni agak kelakar dan sempoi..standard budak2 sekolah semua perempuan..hehe..including me lah..sempoi je 24jam..hihi..ye ke ana sesempoi itu..ana dulu sekolah sumer pempuan, memang best lah kenangan pose kat sekolah dulu..sesempoi2 manusia..boleh tido sambil berdiri time terawih..hehe..cik teh, sila jangan wat2 lupe lak ni hobi ko dulu kan...hihi

Tuesday, August 26, 2008

good news for me..

semalam last jumpa fisio untuk heat treatment..yeyey..best2..pasni tak payah g hospital dah..yang paling best, ana dibenarkan untuk aktif macam dulu as long as ana pandai jaga badan, rajin wat exercise untuk low back, jaga diri betul2..so, sekarang misi utama ana nak jaga diri betul2, no more stress..ana tak boleh sedih2, tak boleh murung..ana kena jadi macam ana yang sebelum ni..ceria dan bersemangat..ana diajar untuk kurangkan rasa sakit dengan macam2 jenis rawatan..yang penting ana kena cukup rest, tak boleh paksa diri stay up sampai tak cukup tido macam dulu..

khamis lepas ana dapat sourvenir dari my bro..abis dah ana bingkaikan postcard cantik2, tampal kat meja study..bile tengok postcard2 tu rasa tenang je sebab gambar permandangan lawa2..terutama gambar perth..thanks bro..pastu thanks gak bawak ana g MAHA kat upm..ana labih jelas dengan hala tuju ana, makin nampak jalan untuk capai cita2 ana..thanks bro..walaupun sebenarnye bro abubakar tu bodek je lebih sebab nak mintak ana tolong carikan rujukan tesis die..memang agak teruk gak lah die punye otak..memang bijak mengambil peluang dan kesempatan..dahla siap scan 1 tesis tajuk lebih kurang sama..ish2..bile lah nak insaf..hehe

last, ana dapat makan tempoyak..haha..akhirnye ana tak kempunan nak makan tempoyak..yuhuuu...cik teh, jangan jeles k..

Thursday, August 21, 2008

penatnye...

notes management tak siap2 lagi =( penat dah ni membaca, cari isi penting, hafal sikit2..sesungguhnye ana tak suke subjek membaca..huuu...tensionnye..lagi suke subjek calculation yang teruk dari subjek membaca..memang fail..baru bace terus menguap..huhu

sape2 ade cadangan ke, tips2 ke camne nak skor subjek membaca ni..bese subjek mekanikal banyak wat latihan solve masalah je..ni kena membaca ni dah jadi haru biru otak ni..

Wednesday, August 20, 2008

ana over rajin..hehe

kelmarin malas sangat tapi malam tadi dah terlebih rajin lak..wat notes engineering management sampai tak tido malam..tangan sibuk menulis, otak menganalisis isi penting, mulut sibuk bercakap..hehe..macam mental pun ade gak..tapi kalo ade cik ida lagi best..boleh layan lagu2 pelbagai tempo sampai katak pun tak larat nak nangis..huhu..

semenjak 2menjak ni jiwa kacau je..ntahla, 'indo dapek ditolong laie..' (cik teh, sila jangan lupekan bahasa nenek moyang k..ingat RAWA is the best..hehe..walaupun kaklong dah campur banjar,tapi rawa tetap dominan)..cik teh, ko ingat lagi tak cerita 'sang kambing&sang ayam' versi pak itam pian??hehe..kelakar pecah perut nak gelak..yang tak boleh tahannye tu cerita nak tidokan anak buah ramai2 lak tu..abis je cerita terus suruh tido..ade ke patut..tapi pak itam memang best kalau citer hikayat melayu lama versi penglipurlara istana melayu zaman dedulu..huhu..ape kak long merepek ni cik teh..

cik teh, kaklong teringat lah arwah opah bersungguh2 ajar kaklong wat kerja sekolah matematik sampai keluarkan biji saga sebab nak ajar operasi tambah&tolak..tak lupe gak maksu tupin yang bersengkang mata siapkan keje sekolah kaklong..haha..well, u know me..bile cuti sekolah je terus balik sahom..pastu tak ingat dunia main jambo masak2 kat belakang umah, opah punyelah sporting..siap bekalkan minyak tanah..haha..pastu berendam kat sungai sampai kena tempik baru nak balik umah..makan jemput kucai berebut2..haha..hodohnye perangai zaman budak2 dulu..pastu main cikgu2 sampai opah tak larat nak sediakan pensel..haha..yang tak boleh tahannye opah simpan semua pensel2 tu tak bagi orang lain usik..'nanti ayu balik nak main..'..huhu..teruk betul kaklong kan..sure kamu bengang je sebab opah lebihkan anak pak uda kuri..huhu..tapi opah sayang semua cucu2 die..yang paling best bile pak asan datang bawak ikan talapia..nyum2..feberet kaklong tu..hihi..

~dahla,nak sambung study..kalau citer banyak2 nanti banjir lak skudai ni..hehe

Tuesday, August 19, 2008

ana dilanda kemalasan..

malasnye hari ni..sangat2 malas...amat pemalas..ana malas nak g library sebab parking penuh dengan kete2 orang yang berkonvo..malas nak study sebab takde mood nak bace buku teks engineering management..malas nak kemaskini nota sebab takde mood dan fikiran melayang ntah kemana sepanjang hari ni..sedar2 dah malam..hehe..

hari ni dengan penuh kemalasan, ana taip gak entry ni..entry malas2..ntah camne lah boleh jadi pemalas ni..malam tadi pas isyak ana g pesta konvo..cari makanan..ntah camne rajin lak nak beli makanan tapi malas nak makan sampai abis..hmm..camni punye orang pun ade ek..penat betul bile malas ni..hehe

tengah jalan2 malas tu ana menapak masuk ke gerai perubatan cina..erm..check kesihatan tru eyes dengan tapak tangan..erm...orang tu cakap ana terlalu stress..huhu..mane die tau ek..hehe..abislah rahsia dah bocor..orang lain tak tau pun ana tengah stress dari dalam hati..terkejut gak dan malas2 mengakui..pastu die tau ana sakit bahagian pinggang, dan tulang bahagian bawah..memang macam kena renjatan elektrik bile needle tu sentuh bahagian pergelangan tangan..ajaibnya bahagian lain takde pun seteruk tu..orang tu cakap ana memiliki kesihatan yang sangat bagus..cuma masalah dengan bahagian pinggang dan tulang bahagian bawah..nasihatnye, jangan terlalu stress dengan masalah ni..insyaAllah boleh sembuh tapi memerlukan masa yang agak panjang..dan lagi satu yang hampir membuatkan airmata ana tumpah, berkenaan dengan 'susah nak carry baby time pregnant'..ana dah banyak kali dengar hal ni dan hampir lali dengan perkara ni..tapi tak dapat nak tipu hati ana..ana bersedih dengan hal ni..

lepas selesai proses perubatan, orang tu minta izin ambil gambar mata ana..sebab mata ana tidak menunjukkan masalah kesihatan yang teruk..Alhamdulillah..ana sihat tanpa penyakit merbahaya seperti 3serangkai..lepas tu snap gambar ana pulak..hehe..femes jap..orang tu cakap ana cantik..hahahahahaha..ni kes ana perasan tau..saje2 nak bagi cik teh dengki..huhuhuhuhuhu..sorilah cik teh..nak riak tak kena tempat jap..bagilah peluang kaklong perasan 1perenggan je..hihi

Thursday, August 14, 2008

pesta konvokesyen

semalam majlis perasmian pesta konvo utm oleh sultan johor..erm..ana dalam kelas finite element time malam perasmian tu..tiba2 utm digegarkan dengan bunyi bunga api...ana mengira2 didalam hati..hmm..hampir lebih dari 5minit..mak aihh...banyaknye duit utm ni...huhu..

abis kelas finite ana dan cik ida pergi merayau kat tapak pesta..ana cari swimming suit versi islamik..ermm oklah rm200..kaler pun cantik..tak ketat sangat dan selesa..esok nak g jusco tebrau survey kat sane lak..dah tuwe ni malu nak pakai yang macam perenang olimpik pakai..hehe..kesian kat suami nanti dah takde yang istimewa nak disimpan khas untuk pembayar mas kahwin..hehe..

ana tengok2 keliling tapi takde ape yang best..last2 ana g beli puding..22biji = rm2..dengan semangatnye ana pilih2 puding perbagai warna tu ala2 siti sifir tengah nyanyi sifir dua (citer ALONG..hehe)..bile balik bilik ana dengan bangganya gtau kat cik ida yang ana berjaya membeli puding dengan harga yang murah dimusim semua barang naik harga..tapi sebagai pengguna bijak, ana telah mencongak kos sebenar untuk sebiji puding tu..ermm..mahalnye..ana telah tertipu dengan 22biji = rm2..huhu..masa nak beli tak fikir pun camtu..sekarang nih rase sayang nak makan walau sebijik pun..mahal ooo....sayu je tengok puding kat atas box makanan...hehe

--mood --> hepi sebab belajar jadi murah senyuman..hehe

Tuesday, August 12, 2008

alhamdulillah segalanya selesai..

hari ni hari paling bahagia untuk diri ana apabila segala masalah yang membelenggu seminggu ni selesai jua akhirnya..masalah ni membuatkan ana terlalu tertekan dan sangat2 menuntut agar ana jadi super tabah..ana bergelut dengan test yang terlalu susah dan sedikit sebanyak tumpuan ana terjejas dan hampir putus asa..mujurlah ana masih ingat bahawa segala ujian tu datang dari Allah..ana bersangka baik pada takdir..saban malam ana mendirikan solat hajat&taubat, berdoa agar segala kesulitan ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana ana hampir hilang daya dan semangat untuk handle segala jenis tekanan yang datang dari segenap penjuru..hanya berbekalkan naskah buku 'La Tahzan', ana ubati hati ana dengan perlahan2..kadang2 hampir tak tertanggung dan menyebabkan ana menyerabutkan my bro abubakar..kesian abubakar..

ana redha dan pasrah atas segala yang berlaku..ap
e yang boleh ana doa ialah agar "mereka" sentiasa bahagia..ana taknak menjadi musuh, dan ana tak mampu nak jadi sahabat..ana cuma mintak supaya dibebaskan dari segala yang membuatkan ana lebih sedih dan sakit..ana taknak hancurkan masa depan ana dengan hal2 sebegini..dan ana lepaskan orang yang ana sayang supaya dia hidup bahagia..perjalanan ana masih jauh dan ana perlu tumpukan perhatian pada diri ana sendiri, kesihatan ana, pelajaran ana..cukuplah pada masa ini ana ditemani dan diiringi oleh semangat dan doa dari keluarga yang ana kasihi, sahabat2 yang amat memahami dan banyak membantu ana dikala hati berlagu sendu..

ana amat2 bersyukur kerana banyak pengajaran yan
g ana terima dari peristiwa yang tak mungkin ana lupakan seumur hidup..membuatkan kadang2 ana termenung jauh menilai segala kekurangan dan kelemahan ana..melatih ana agar menjadi setabah2 wanita..membantu ana agar terus posotif menghadapi segala dugaan hidup..

doakan ana terus tabah dan tabah..sentiasa tabah dan menjadi wanita yang tabah..doakan ana dilimpahi segala rahmat dan kasih sayang Illahi..peristiwa ini barangkali kerana doa emak yang saban hari mendoakan kesejahteraan anak2nya dunia dan akhirat..sesungguhnya ana hanya hamba Allah yang lemah dan banyak melakukan dosa..semoga masalah ini menjadi satu titik perubahan dalam hidup ana..amin...

go ana go!!

--menangis itu perlu sebagai terapi mengubat luka dihati..

Friday, August 8, 2008

dedikasi untuk orang2 yang disayang

buat mak&ayah (pn maslimah&en sukri), adik-beradik(angah,ada,ebab,ehsan,ikhwan,amad), sepupu-sepapat(cik teh yang brutal), saudara-mara(acu yang sporting), mak&abah(pn saranoryati&en baharudin), adik-adik, sahabat diploma&degree(hada,seh,jemei,cik ida,rose,wan), my big bro abubakar..turut buat arwah opah&nenek,arwah atuk dan arwah adik..

bersama2 ini desertakan beberapa perenggan yang akan bisa membuatkan kalian berbangga kerana disayangi oleh diriku..sesungguhnya dalam meniti kehidupan ini semua manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan..dan kesalahan itu dijadikan pengajaran..pengalaman hidup yang sebegitu mematangkan diriku..dan untuk orang2 yang kusayangi, dengan ini kuberjanji akan berusaha menjadi seperti yang kalian mahu..doakan diriku menjadi "n
ur raihana yang berjaya dunia akhirat"..

terima kasih kerana mengindahkan duniaku dengan kasih sayang kalian..sesungguhnya diri ini amat beruntung mempunyai kalian..amat2 menyayangi kalian..terlalu menghargai kehadiran kalian dalam hidup ini..sesungguhnya tak dapat diucapkan dengan kata2 betapa kasihnya diriku pada semua orang yang kusayangi..

--miss u all...


deria ke enam..

kadang2 kata hati itu perlu diambil kira..ana mula belajar untuk mendengar kata hati..setelah ape yang berlaku, cik ida mengambil keputusan untuk menyiasat siapa "M" sebenarnya..kebetulan cik ida ade kawan yang satu u dengan "M", kat batang berjuntai..memang selepas dengar segala2nya, ana bersyukur sangat2 ana terlepas dari lelaki yang kuat menipu dan teruk tu..personaliti "M" dikampus betul2 berbeza dangan pe yang ana kenal..mungkin sebab jarak yang jauh, ana tak kenal sangat "M" yang sebenar..dan ana tak pernah meragui diri dia sebelum2 ni..memang ana percayakan dia..tapi itulah hal yang paling bodoh..

bukan seorang dua kawan2 ana pernah luahkan kerisauan diorang dengan aset2 yang dimiliki "M"..tapi pada ana segala2 aset dia tak penting sebab ana tak pernah menilai orang dangan aset..ana pun jauh, belajar kat terengganu, lepas tu johor..memang ana tak pernah luahkan ana risau..ana sangat2 menumpukan pada pelajaran dan "M" seolah2 seorang yang sangat memahami dan banyak memberi semangat untuk ana terus ber
jaya..ana pernah rasa ragu2 dan tak percaya pada "M" tahun lepas..ana banyak berdoa supaya Allah membantu ana dalam menyelesaikan segala keraguan..rupa2nya "M" mempunyai teman lain 2tahun lepas sampai sekarang dan ana ditipu selama ni..

kelmarin cik ida gtau kata hati dia kuat sangat cakap ana akan kahwin sebelum abis degree dengan orang yang ana kenal..hehe..kelakar sangat2..ana gelak
sepanjang sembang dengan cik ida lepas stay up..ana tak percaya..langsung tak percaya sebab ana tak pernah nampak sebarang kelainan pada hubungan persahabatan ana dengan kawan ana tu..cik ida betul2 pandai buat ana rasa kelakar untuk lupakan segala kesedihan..

yang pastinya, ana akan terus berjuang untuk pelajaran, jaga kesihatan ana sebaik mungkin, juga belajar untuk berubah kearah yang lebih baik..selangkah demi selangkah, setapak demi setapak..naluri ana kuat sangat cakap ana akan memiliki masa depan yang terlalu bahagia..amin..

---ana dan cik ida..

Tuesday, August 5, 2008

yin yang shang qu =)

ana baru balik dari kelas bahasa mandarin..baru level 1..best sangat2..happy je belajar macambudak tadika =) jenuh gak nak pronounce sukukata awalan dan akhiran..tak abis2 gelak dengan cik ida..hehe..lama2 ana rasa ana tak rugi dan tak kurang pape pun dengan ape yang telah ana lalui..ana bebas sangat2 nak wat ape yang ana suke..

ermm..boleh tak kalau ana nak jadi playgirl lak??..hehe..takdelah..gurau je..ana takkan wat benda bodoh camtu..biarlah orang lain nak wat kat kite, jangan kite wat kat orang lain..nanti kalau asyik selalu kena sumpah seranah nenek kebayan kan susah tu..idup sentiasa dikutuk..

9,10,11 & 14hb8 ni ana ade test untuk subjek instrumentation, finite element method, component design dgn engineering management..doakan ana dapat skor semua nih..ana nak start wat revision malam ni untuk subjek component design..doakan ana tau =)

hari yang amat teruk..

ermm..ana jumpe pakar siang tadi..ntahla,pakar syak ade sistem yang xbetul dalam badan ana(perhatian:ni ayat budak mekanikal..xtau dalam medic camne nak cakap..hehe) kena amik darah..20hb10 nanti besday ana, next appointment dengan orthopedik..fisioterapi lak next appointment 28hb8..untuk pengetahuan kawan2 dan sepupu(cik teh) yang ana sayang, ana sakit berikutan kes ana kena hempap besi kat bahu 4thn lepas..coccyxdynia..setakat ni masih under control..cuma mengharap semangat dari keluarga, kawan2..

ana nak kongsi satu peristiwa yang paling teruk dalam idup ana..tapi ana tak tau nak start camne..ana benci sangat lelaki yang hampir wat ana hilang semangat & keyakinan diri semester lepas..hari ni dia temankan ana g hospital..semester ni ana cuba berbaik balik dengan "M",sebab makayah ana dah kenal dia,mak ayah dia,family dia..dan dengan takdir Allah, telah terbongkar segala kecurangan dia pada ana untuk kali ke-3..ana frust sangat2 sebab ana terlalu bodoh bagi peluang pada dia..dalam keadaan sakit baru lepas wat heat treatment ana menangis kejar dia kat stesen bas sebab ana taknak dia wat perkara yang bodoh bila ana berkeras ana taknak bagi peluang pada dia lagi..

ana tak mampu nak drive kereta balik kampus,ana call cik ida&aji mintak tolong ambik kete&ana..ana menangis sebab ana bodoh sangat bagi peluang kat dia..ana soal siasat dia dengan tenang sangat2 dan ana menyampah tengok dia menangis(drama lah tu..)..kesimpulannya ana memang nekad dengan prinsip ana "say no to coupling"..walaupun ada dikalangan ahli keluarga yang tak setuju dengan tindakan ana, ana tetap tak boleh nak berbaik semula dengan "M"..biar ana tentukan idup ana..jalan idup ana masih panjang..banyak lagi tanggungjawab ana yang lain..bodoh je couple2 ni..serius ana gtau, sape2 yang bercouple tu sebenarnye tengah menuju ke arah sakit mental..kalo betul nak, kawin je terus..tak payah buang masa..

yang lagi ana hot temper, dia pinjam henset ana tadi tak pulangkan lagi sebab dia dah lari dalam kegelapan..ana tak sempat nak mintak balik henset tu..dia naik bas malam ni balik ke perak..semoga selamat sampai & harap dia tak ganggu ana lagi..time ana tulis entry ni pun dia dok ugut2 ana lagi..cakap kalau ana tak terima dia, dia akan wat ana kecewa lagi teruk..hmm..baiklah ana tido dari layan orang sakit mental camtu..eleh,sok sampai umah laju je dia ber"sayang baby" dengan pempuan tu kan..drama swasta betul..

yang penting, ana is ana..ana dah tabah dari semester lepas, insyaAllah ana takkan wat perkara bodoh..ana lebih sayangkan diri ana,family ana,masa depan ana..lebih baik ana tumpukan pada diri sendiri...ana fikir nak balik redang..ana nak tenangkan diri..kan bagus kalau ana dah dapat lesen scuba diving bulan ni...hmm...

go ana go!!

Saturday, August 2, 2008

risau..

4rd8 : have appointment with orthopedic and physioterapist..dengan keadaan sekarang, ana tak rasa ana cukup bersedia nak g hospital..selalu demam, lately selalu rasa sakit even tengah berjalan..keadaan tak berubah..atau maybe sebab ana selalu wat tak kisah dengan keadaan ana..jalan idup yang ana pilih ni kadang2 wat ana berfikir balik..ana wat macam ana ni terlalu berdikari sangat..kadang2 ana perlukan seseorang yang boleh wat ana rasa tenang, tak risau, bersemangat & bermotivasi..

ermm..maybe sebab ana rasa ana dah cukup besar untuk menyerabutkan mak ayah..kena tunjuk contoh yang baik pada adik2..pagi2 tadi adik yang belajar kat intec shah alam sms mengadu susah belajar..ana dah risau..bagi nasihat ape yang patut..sebab tu ana paling jarang nak mengadu masalah ana pada mak ayah dan adik2 sebab ana taknak diorang risau..ana sayang sangat2 kat diorang..nanti kalau ana mengadu macam mesti diorang susah hati..biarlah adik2 ana rasa ana kakak yang paling tabah, boleh jadi tempat mengadu..ana bahagia kalau orang2 yang ana sayang bahagia..

betul2 rindu kat seseorang..yang mampu wat ana tersenyum walaupun dalam hati menangis..makin hari dia semakin jauh dari ana..

Friday, August 1, 2008

seriusnye ana..hehe




Your Ideal Relationship is Marriage



You've dated enough to know what you want.

And that's marriage - with the right person.

You're serious about settling down some time soon.

Even if you haven't met the person you want to get hitched to!

real me..




Your Psyche is Yellow



You have a ton of energy - both physical and mental endurance.

You are rational and logical, and you can help almost anyone think clearly.

Optimistic and bright, you also have a secret side that's a little darker.



When you are too yellow: You will do anything to get your way, and no one will be the wiser



When you don't have enough yellow: you lack confidence, drive, and humor

my secret..hehe




What Your Handwriting Says About You



You are highly energetic. You are a passionate, intense, vigorous person.



You are somewhat outgoing, but you're not a natural extrovert. You think first before you act. You tend to be independent, rational, and logical.



You are balanced and grounded. You know how to get along well with others.



You need a bit of space in your life, but you're not a recluse. You expect people to give you a small amount of privacy, and you respect their privacy as well.



You are somewhat traditional, but you are also open to change. You listen to your head and your heart.



You are a good communicator. You work hard to get your ideas across effectively.

Wednesday, July 30, 2008

mangsa buli..

name die wan..status : dah berpunye..(salah satu sebab ana tak boleh baik sangat dengan die ni..nanti tak pasal2 kena serang..hehe)..bulan depan die start keje kat umw..bulan depan gak die konvo..huhu..tak bolehla nak bagi bunge time die konvo..mak sdare ana nikah 16hb8 nih..tapi yang tak tahannye die menuntut ana berguling kat jalan raya sebab die dah jadi engineer..citernye start sebab ana geram sangat2 penat ajar die nih bending-momont diagram..dahlah time bulan pose..lapar..hati panas je..hehe..

ana cakap "ko nih kalo jadi engineer memang aku gelak guling2 sebab hancurlah company ko dapat engineer fail lukis bending-moment diagram.." dengan muka ala2 askar jepun..
die pun selambe je cakap "orait..ko tengoklah nanti aku jadi engineer ko kena guling2"

ana terus jeling maut sebagai isyarat suh die siapkan latihan tambahan yang ana wat sendiri untuk die..bile time test kitorang akan duduk sebelah2 supaya die ingat pe yang ana ajar..sampai camtu sekali baiknye CIKGU ANA ni..

persoalannye..ade ke patut ana kena guling2?tak baik betul die tu..ana dah abis baik ajar die..die sepatutnye bersyukur dapat cikgu garang macam ana kan...hehe..yang lagi tak patut,die akan panggil semua kucing kat kafe fakulti "ana..ana..."sambil tersengih2 macam kerang tak cukup masak..memang JAHATTTT

engineer vs engine'nyior'

macam menarik je nak ulas tajuk ni..ana agak kurang bersetuju dengan pendirian sesetengah orang yang cakap kalau amik engineering wajib jadi engineer..kalau ana nak jadi penjaja kat pasar malam camne??jangan pandang rendah pada peniaga kat pasar malam..tengoklah,satu hari nanti ana akan pasarkan product kilang ana kat semua pasar malam,siap ade distributor kat setiap daerah..kat pasar malam je tempat yang ana boleh bukak mata orang Islam terhadap kepentingan menjaga sumber2 makanan..cari yang betul2 halalan thoyyiban..bukan main sambar je ape brand skali pun..ermm..ana nak luaskan territory sampai luar negara..hehe..cube bayangkan kat pasar malam tu nanti nama gerai ana ade tulis "Halal Food produced by Ir.Raihana"..ha,kan dah ade satu keyakinan yang tinggi terhadap kualiti barangan kilang ana..awal2 kena wat promosi yang bombastik sikit sebab nak tarik minat pembeli..selain dari jual kat mart ana sendiri,ana kena tembusi pasaran2 pasaraya besar..huhu..dasyhat betul impian ana nih...sape2 yang nak kawen dengan ana mesti fikir banyak kali sebab bakal dapat wife yang gila kuasa..hehe..

selamat hari rabu..

selamat hari rabu!!..hehe..apesal lak spesel sangat hari rabu ni..sebab hari ni pagi2 ade satu kelas je, kul10-10.50 instrumentation..pastu kul5-8 kelas scuba..besenye kul2-4 ana attend kelas english language support programme..free takde yuran terselindung..hehe..tapi sok kul2-4 ade majlis perjumpaan dengan dekan fakulti mekanikal..ermm..thanks sangat2 kat my bro sebab sem lepas die banyak tolong adik die nih..kalau tak maybe ana tak tersenarai dalam senarai perjumpaan esok..semoga sem ni ana lebih tabah dari sem lepas..kesian abubakar dapat adik yang teruk sangat lemah semangatnye..huhuu..tapi die ni tak bagi lagi hadiah yang die janji =( kaset raihan yang terbaru pun lambat sangat nak pos..dengan adik beradik memang berkire je..kalo dengan awek..laju je macam bullet train japan..tak adil betul..

Monday, July 28, 2008

sedih...

sedihnye..asyik kena marah je hari ni =( nak wat assignment component design pun kepala ting-tong..blur camne nak wat free body diagram..camnelah gear ni boleh ade force yang bersudut lak..gerammm...dapat jawapan untuk diameter shaft pun tak logik..rase nak nangis pun ade..opss..ape nih ana..dah 23tahun mane boleh nangis2..nangis2 tu untuk budak kecik je..hehe..rilekla..sok copy jelah dulu member2 yang dah siap..pastu baru study balik jawapan tuh..demam2 ni dimaafkan kalo copy paste..bijak2..huhu..

badan dah ting-tong..

selsema dari malam tadi..maybe sebab tak tahan bau lada sulah dari stall burger kafe sebelah..dah dua malam asyik bersin je bila jaga kaunter..pagi tadi bawak cik ros g klinik..ntah camne lah kaki makcik tu boleh terseliuh..gara2 kelam kabut nak siapkan assignment applied numerical methods guna matlab, die boleh jatuh tangga masa nak naik bilik ana..kesian betul budak kecik tu..tak pasal2 dapat mc sehari..teringat dah lama tak timbang berat, sampai2 je klinik terus ana g timbang berat..mak aihh...baru dua hari keje dah susut sekilo..bile ukur kat carta BMI, sah2 underweight..maknanye kurang berat badan a.k.a papan lapis ataupun ikan kering...huhuu..malam tadi tak makan pape terus makan pain killer dah tak tahan sakit sangat..kerja gila betul..takpelah..maghrib semalam my bro yang garang tu tanye khabar..ape lagi..mengadu macam2lah..pasal harga air berape,sape datang beli air,diorang pakai selipar cap ape,berapa ramai yang gemuk&kurus..hehe..iyelah sangat..

---> ana & cik ros..cepat sembuh tau.. --baju biru tu ana lah..xde orang lain yang minat biru..hehe

Sunday, July 27, 2008

part time job..

semalam ana start keje part time..as a cashier kat kafe yang jual minuman..memang bijak mencari peluang..hihi..yang penting ana kena betul2 berdisiplin & pandai urus masa..lagipun ana rasa tak salah untuk ana timba pengalaman dalam perniagaan bentuk makanan ni..ana kan nak bukak mart&kilang nanti =) hehe..erm..jadi cashier ni kena ligat mengira,mencongak,mendongak dan seangkatan dengannye..dapat improve communication skills..ni tak dapat dalam bilik kuliah tau..memang berbeza sikit lah dengan bisnes laundry yang mak ayah wat..kalau keje kat kedai dobi customer kebanyakannye golongan ibu2 dan abang2 bujang yang takde sape nak uruskan pakaian diorang..hehe..tapi kat cafe ni semua golongan ade..dari budak kecik sampai orang besar2..yang sama 'senyum selaluuuuu...' =) kena selalu senyum..cakap baik2,elok2,sopan2..tapi bukan lemah lembut sopan sotong...hehe..oklah,nak study lak..kena betul2 menghargai masa..barulah boleh jadi cemerlang,gemilang,terbilang,terhitung,terkira,tercongak..huhu

Friday, July 25, 2008

just a friend

Kenapa tajuk ni eh..erm..malam tadi ana sembang2 dgn cik ida pasal tajuk "takde istilah kawan baik antara lelaki&perempuan"..salah satu cara untuk kurangkan rasa mengantuk bila jam dah melewati kul2 pagi (tengah wat assignment pun boleh menyembang..hehe)..ana secara jujur ada 2orang kawan baik,lelaki,yang ana sangat2 selesa untuk berkongsi pendapat..

Soalan yang amat sukar untuk ana jawab,kenapa mesti kawan baik dengan lelaki??dah takde perempuan ke dalam dunia ni??..hehe..sebabnye,lelaki lebih realistik,pendapat diorang lebih berunsurkan logik akal dan kadang2 perempuan tak pernah terfikirkan solution pada masalah seefektif itu..lebih untuk check and balance..dan lelaki lebih jujur dan berterus-terang..ana dah rasa macam2 pengalaman berkawan dengan perempuan..perempuan lebih kuat cemburu dengan kelebihan kawan..takpayah nak tipu lah cakap mane ade perempuan camtu..ana frust sebab ramai yang cemburu tapi cara yang salah (maksudnye dengki yang jahat)..ana hanya akan cemburu berkaitan dengan kecemerlangan dan ana akan usaha untuk majukan diri untuk mengatasi pesaing ana..ana tak akan semai benih2 dengki yang jahat hanya untuk perkara2 remeh&tak masuk akal (contohnye dengki pasal baju,kasut,penampilan,rupa paras,pakwe makwe-->ntahpape je..)..atau maybe budak mekanikal tak kisah langsung pasal benda remeh temeh ni..huhu..

kenapa ana kawan baik dengan lelaki??sebab die hormat diri ana,hormat prinsip ana,banyak kritik ana (sesiapa yang puji ana,ana akan jauhkan diri dari orang tu awal2 lagi..) ,satu fahaman politik (undi itu rahsia..hehe) ,bila ana susah die sentiasa ada untuk support ana..tapi ana tak menolak kemungkinan ana lebih prefer kawan dengan lelaki sebab fakulti ana penuh dengan lelaki..(nisbah 15:1..bayangkanlah macam mana kehidupan kat fakulti..menarik kan..)

yang penting ana jelas dengan batas2, ana tak anggap lebih dari kawan baik..sebab ana susah nak berkawan dengan lelaki..tapi dua orang ni sangat2 kuat mengutuk ana..ana boleh kawan dengan diorang sebab cara diorang..sorang tu design&project engineer UMW yang tak pass lukis bending-moment diagram (ana ajar sampai tahap paling garang pun tak faham2 gak camne nak lukis diagram tu)..lagi sorang automation engineer perodua yang langsung tak terrer control engineering (memalukan betul anak murid dapat B+ je..penat ajar..)

ana harap takde lagi salah faham dikalangan pemerhati2 disekitar ana..ana agak keras hati..pilihan ana "bercinta selepas kahwin"..ana lebih selesa dengan keadaan ana sekarang..lebih fokus pada diri sendiri,adik beradik,mak ayah..yang utama wat masa sekarang ana kena study hard untuk orang2 yang ana sayang..ana taknak ambik risiko untuk bergantung pada 'special friend'..pengalaman lepas banyak mengajar ana untuk jadi lebih matang..let byegone be byegone..pada ana, istilah kawan baik tu bergantung pada tafsiran masing2..

cita2 VS angan2

tadi kelas entrepreneurship..ada test kecenderungan untuk jadi entrepreneur..erm..ana dapat markah 15-24 untuk kesemua kategori..pada ana tu sebab pengaruh dari persekitaran..mak ayah running bisnes..mak abah pun wat bisnes..most of my extended family involve in business..dalam Islam pun ade cakap 90% dari rezeki adalah dari berniaga..hmm..cita2 ana untuk masa depan ni :
  1. dapat degree 1st class in mechanical engineering (ade lagi 3sem untuk maintain pointer)
  2. wat master pendidikan teknik vokasional (nak xnak kena wat)
  3. wat master dlm mechanical-manufacturing (keinginan sendiri..maybe blh terus wat phd)
  4. dapatkan tittle Ir (sgt2 idamkan)
  5. kumpul modal (dari salary 7thn kena bond jadi lecturer,side income yang lain macam jadi consultant engineer)
  6. bagi mak modal untuk setup 'Halal Food Store' (my hometown majoriti penduduknye cina)
  7. berhenti kerja untuk bagi sepenuh tumpuan&fokus untuk kembangkan cawangan seluruh daerah kinta,batang padang,hilir perak (kampar,tapah,tanjung malim,ipoh,teluk intan)
  8. bukak kilang untuk produce makanan yang halal
  9. still do kerja2 yang lain berkenaan dengan bidang manufacturing
  10. melancong kat semua tempat yang menarik seluruh dunia (semoga lebih menghargai keindahan alam ciptaan Illahi)
  11. jadi hamba Allah yang bersyukur (syukur diatas nikmat sihat yang dikurniakanNya selama ini..ujianMu hanyalah terlalu kecil untuk dibandingkan dengan rahmat kasih-sayangMu..)

doakan ana mampu capai semua cita2&impian ana..ni insyaAllah bukan angan2 kosong..

Thursday, July 24, 2008

so many task to do..

perkara yang paling ana suke sgt2 ialah sibuk bergelumang dengan assignment,projek&tutorial..seronok sebab ade keje nak wat..hehe..kalo xde keje nanti xtau nak watpe..erm..my bro pun dah balik..yiehaa..die belikan poskad => kalo xbeli mmg nak kena sekeh..nak tau pe yang best kalo die ade?ade kawan gaduh..huhu..blh mengadu mcm2 hal..blh dgr die membebel..haha..yg plg penting bile sedih, stress, die blh wat ana keep on smiling sebab die abg yang peti sejuk..hehe..

Friday, July 18, 2008

guarantee letter..

dah seminggu ana uruskan proses nak dapatkan guarantee letter untuk kegunaan appointment dengan fisioterapi hospital sultanah aminah..mule2 tanye kat kaunter fakulti,pastu diorang suruh g HEP,pastu HEP suh mintak kat akademik,pastu akademik suh mintak kat klinik..pastu kat klinik U tadi kaunter suh jumpe doc,then doc ask me to go to admin office,pastu yang lagi hangat nyer tadi admin tu muke macam pusingan hormon terbalik..die suh turun kaunter amik semua rekod perubatan,pastu naik balik pejabat admin barulah die print sekeping surat tu...terlalu letih..sepatutnye dalam buku panduan pelajar perlu ade flow chart untuk proses rawatan perubatan terutama bile dah kena refer pada pakar..eventhough our beloved clinic is very 'tip-top',full with technology(sume main scan barcode je..),but we still want to know the right prosedure for special case such as for my case..every months i need to renew the guarantee letter..please...bukan sekadar "keunggulan terbilang"..

Wednesday, July 16, 2008

kelas scuba =>

petang tadi attend industry talk..erm..best sebab dapat hadiah kuiz..hihi..ni tengah tunggu kelas scuba..kenape ntah jadual diorang anjak dari kul5-8pm..huu..ana pose hari ni..ermm..camne nak berbuka nanti ek..

Monday, July 14, 2008

kelas batal lagi..sedihnye..huhu..

punyelah semangat hari ni nak attend 1st class finite element method..rupe2nye batal untuk minggu ni..huuu...sabar jelah..then waiting for 2nd class,metrology&quality control kul6pm..semangat dah masuk kelas,tibe2 datang staff gtau prof tak sempat sampai hari ni..ade hal..alahaiiiiiiii....sedihnye..kuar kelas tadi semua budak kelas tersenyum gumbira..dah 2kelas batal..beraya sakan lah kitorang..huhu..tapi ade orang yang lagi teruk..dah 2minggu batalkan kelas secara sukati..huh..teruk betul..kalau die balik m'sia tak bawak pape untuk adik die ni siaplah..tak best takde kawan gaduh..hehe..

living with pain..

kadang2 kepura-puraan itu perlu untuk meneruskan perjalanan hidup tanpa mengganggu orang sekeliling..tak semua orang mempunyai level simpati yang tinggi dan tak semua orang boleh bersabar bergaul dengan "mereka" yang kurang bernasib baik..ana golongan yang mana?hmm..berpura-pura itu lebih menyenangkan hati ana dan orang2 yang ana sayang.."no need to take care of me..but just make me keep on smiling"..perit dan sukar tapi mengenangkan terlalu banyak amanah,tanggungjawab dan bebanan di bahu,ana sedar ana tak boleh mengalah..nampak macam ego tapi hakikatnya ana taknak menyusahkan orang2 yang ana sayang..kalau kecemerlangan dalam pelajaran,pekerjaan tu dapat membuatkan orang2 yang ana sayang gembira,ana akan berjuang untuk meraih kejayaan tu..doakan ana akan dapat habiskan master dengan tersenyum..doakan ana dapat tengok orang2 yang ana sayang tersenyum..doakan ana terus tabah sehingga sembuh..doakan ana dapat menggenggam ijazah with 1st class honour..bukan untuk diri ana tapi untuk orang2 yang ana sayang..

go ana go!!!


sok kuliah!!yieha...

akhirnye sok akan start dapat dengar lecturer bercakap-cakap depan kelas lagi..hehe..minggu ni mati kutu tak wat pape..sok kelas dari kul5pm sampai 7pm..2jam..tapi kena drive sebab kul7 dah takde bas..ingat bolehla nak berjimat cermat amalan mulia skit..hmm..lagipun sok pose..tadi bersahur (hebat betul bersahur kul11pm..hehe)..cik ida balik dari yong peng bawak spageti & cempedak goreng yang kak mas masak..hmm..nak tempoyak...aiseh..teruk bebenor ana ni..merepek makanan yang belum musim..huhu..petang tadi bawak kawan yang dari ukm tu round2 tengok panorama utm skudai nih..hehe..sekali sampai kat bukit depan kolej,selepas bonggol,tibe2 mati enjin sebab2 teknikal..haha..yang tak boleh tahannyer ade lak 4orang mamat yang baik hati naik motor siap singgah tanye kete rosak ke..aduss..memang malu taktau nak sorok muke kat mane..lame gak nak halau budak2 tu dari terus merepek..huhu..sib baik ade ros,penyelamat alam..haha..adeiii..sok janganlah ana terserempak dengan budak2 tu kat fakulti..huuu...malu+segan+sakit ati..so,kesimpulannye "selamat berkuliah dengan tenang esok..huhu.."

Saturday, July 12, 2008

pulau redang siri 4

welcome to MARINE PARK..we can snorkelling here..--ready to go..hiphiphorrey...
--bagi ikan makan..wallawei..best sesangat...ikan berbagai jenis dan rupe..

ape lagi eh nak gtau..erm..makanan..ala..makan masakan mak mestilah paling best kan..hehe..pasni ana post pasal terengganu lak ye..nak siap2 nak solat maghrib..ade kawan dari UKM datang melawat ana kat sini..nak bawak die round JB..pe ek tempat best kat jb..ana xsuke sangat jalan2 kat bandar..ana lebih suke kat tepi laut..macam terengganu,kelantan,langkawi...(sebab tu semakin lame muka semakin gelap..hehe)

pulau redang siri 3

now we go to laguna beach..hehe..sape nak ikut angkat tangan =)
--ok..on the way..jengjengjeng..
camne?naik kapal nelayan..best..adik tu pun steady je..hihi..sepanjang ni kite boleh nampak karang kat dalam laut..subhanallah..cantik sangat2..ni terapi yang paling bagus untuk ana..

--welcome to Laguna Beach Resort..lalala...(yang menyebok kat belakang tu my bro..sebok jer..)
--Laguna Beach..nampak macam kat studio kan..hihi


ok..next place is marine park..yuhuu...tempat yang paling ana suke..

pulau redang siri 2 =)

hari ni baru boleh connect internet..kelmarin hujan kilat,satu kolej tak dapat connect..room-mate lak g yong pong,ana dah mati kutu tak tau nak watpe..kali ni ana post gambar2 kat redang lak..pasni sesape yang teringin nak g redang boleh contact ana..hehe..lupe lak,ade banyak chalet&homestay yang diusahakan penduduk kampung dengan harga yang berpatutan..

--ni gambar masjid kat kg.pulau redang (masjid kaler kuning atas bukit)
--ni kat depan berjaya hotel..
--ni kat laut yang ana selalu swimming dan beberape kali terjun tiruk dengan gaya yang hancur..hehe..air laut ni tersangatlah jernih..boleh nampak anak ikan berenang..--ni lak platform ana terjun tiruk..hiyarkkk!!huhu..

--kesimpulannye..permandangan kat pantai depan berjaya camni..
ok..next kite g pantai kat laguna resort lak..

Thursday, July 10, 2008

nak bercuti??jom g pulau redang =)

ana nak wat promosi tempat2 menarik untuk percutian save budget =) ermm..yelah,sekarang ni sume benda dah naik harga..jadi kena cut cost sikit kan..even ana budak mechanical,tapi bab financial ni agak power gak la..hihi..oklah..ana gtau kenapa ana pilih pulau redang..
  • balik kampung jumpe mak abah..hehe..
  • view yang cantik terutama mase sunset..hmm..
  • pantai yang cantik sangat2..
  • marine park yang mengujakan..huu...
  • makan sedap...ni paling penting..hehe
  • penduduk kampung yang baik sangat2...lagi penting ni...
bukti2nye ana tunjuk melalui gambar..

--nak pergi boleh naik feri..tapi ana naik kapal nelayan..2jam..tapi pengalaman..hehe..best..
--kalo naik feri sejam je..tapi ana suke duduk kat bahagian atas..kena angin laut..lagi best..feri ni ade aircond..kalo nak dok dalam aircond takpayahla sampai g redang,ye tak??hehe..
ok..dah sampai redang...nanti ana sambung k..hehe..gambar2 kat pulau redang lak..nak g hantar cik ida balik yong peng jap..

miss sum1..

he is my brother..tapi garang sgt2..mcm peti sejuk sikit..nampak je mcm pendiam tapi kuat berleter gak..huhu..suke kutuk2 ana..sesape yang berkenan blh contact ana ye..die ni bujang terlajak..haha..jgn marah ek..selalunye die ni marah kalau ana malas study..hihi..garang petala kelapan..pastu suke wat muke ala2 bengis..ngehngeh..pehal ntah dah jauh ni tetibe teringat lak time kena marah..sakit ati..rase nak belasah je..sib baik ana adik yang baik..hihi..tapi kalau die yang malas takpe pulak..memang tak adil..die ni memang pemalas..malas belajar..haha..puas ati dapat kutuk2 die nih diluar pengetahuan die..ayat ape nih..


Wednesday, July 9, 2008

puasa di bulan rejab =>


baru je pas sahur..hihi..itulah,pose ganti tak abis lagi..tadi sahur roti&jem strawberi also with 'hadis'..nanti lenkali ana snap gambar hadis ni => pas solat tadi dah taktau nak wat ape..ngantuk pun tak..dari dok kire berape kali kipas siling rotate per minute,lebih baik wat keje yang sepatutnye..hihi..hari ni ingat nak cuci kereta..sejak balik dgn ayah sabtu lepas kete tu langsung tak bercuci lagi..kalaulah mak tau ana tak rajin nak belek kete tu..huhu..sure kena tarik balik kemudahan yang baru diterima ni..ngehngeh..dahla nak dapat pun penuh kontrovesi dan drama swasta..pagi ni after tengok sun rise,ana berazam nak belajar cuci kete..haha..rasenye bile dah start kuliah nanti ana langsung kurang mase nak cuci kete tu..tadi tengok2 gambar g cuti2 msia baru ni..rase teringin lak nak makan tempoyak untuk berbuka nnt..tapi mane nak dapat tempoyak kat sini..kat perak oklah dah musim durian..huu..

gambar budu+tempoyak mase ana makan kat kg kraf kelantan..sedapnye..

Tuesday, July 8, 2008

permulaan yang baik...


alhamdulillah..akhirnya kembali semula ke kampus..memulakan tugas-tugas rasmi bergelar pelajar =) semester baru,azam baru,semangat baru,cita-cita baru....baru dua hari kuliah,masih belum ada yang menarik mahupun kurang menarik..masih rase sedih sikit-sikit sebab homesick..hehe..ayyo..dah tua bangka pun homesick lagi..yelah,semester ni kena puasa kat kampus lagi..dahla jauh kat sempadan perbatasan negara..hihi..jauh tu..semester ni ade banyak tanggungjawab..mampu ke tak nak galas semua..doakan semoga ana sentiasa sihat..amin...