Tuesday, August 26, 2008

good news for me..

semalam last jumpa fisio untuk heat treatment..yeyey..best2..pasni tak payah g hospital dah..yang paling best, ana dibenarkan untuk aktif macam dulu as long as ana pandai jaga badan, rajin wat exercise untuk low back, jaga diri betul2..so, sekarang misi utama ana nak jaga diri betul2, no more stress..ana tak boleh sedih2, tak boleh murung..ana kena jadi macam ana yang sebelum ni..ceria dan bersemangat..ana diajar untuk kurangkan rasa sakit dengan macam2 jenis rawatan..yang penting ana kena cukup rest, tak boleh paksa diri stay up sampai tak cukup tido macam dulu..

khamis lepas ana dapat sourvenir dari my bro..abis dah ana bingkaikan postcard cantik2, tampal kat meja study..bile tengok postcard2 tu rasa tenang je sebab gambar permandangan lawa2..terutama gambar perth..thanks bro..pastu thanks gak bawak ana g MAHA kat upm..ana labih jelas dengan hala tuju ana, makin nampak jalan untuk capai cita2 ana..thanks bro..walaupun sebenarnye bro abubakar tu bodek je lebih sebab nak mintak ana tolong carikan rujukan tesis die..memang agak teruk gak lah die punye otak..memang bijak mengambil peluang dan kesempatan..dahla siap scan 1 tesis tajuk lebih kurang sama..ish2..bile lah nak insaf..hehe

last, ana dapat makan tempoyak..haha..akhirnye ana tak kempunan nak makan tempoyak..yuhuuu...cik teh, jangan jeles k..

Thursday, August 21, 2008

penatnye...

notes management tak siap2 lagi =( penat dah ni membaca, cari isi penting, hafal sikit2..sesungguhnye ana tak suke subjek membaca..huuu...tensionnye..lagi suke subjek calculation yang teruk dari subjek membaca..memang fail..baru bace terus menguap..huhu

sape2 ade cadangan ke, tips2 ke camne nak skor subjek membaca ni..bese subjek mekanikal banyak wat latihan solve masalah je..ni kena membaca ni dah jadi haru biru otak ni..

Wednesday, August 20, 2008

ana over rajin..hehe

kelmarin malas sangat tapi malam tadi dah terlebih rajin lak..wat notes engineering management sampai tak tido malam..tangan sibuk menulis, otak menganalisis isi penting, mulut sibuk bercakap..hehe..macam mental pun ade gak..tapi kalo ade cik ida lagi best..boleh layan lagu2 pelbagai tempo sampai katak pun tak larat nak nangis..huhu..

semenjak 2menjak ni jiwa kacau je..ntahla, 'indo dapek ditolong laie..' (cik teh, sila jangan lupekan bahasa nenek moyang k..ingat RAWA is the best..hehe..walaupun kaklong dah campur banjar,tapi rawa tetap dominan)..cik teh, ko ingat lagi tak cerita 'sang kambing&sang ayam' versi pak itam pian??hehe..kelakar pecah perut nak gelak..yang tak boleh tahannye tu cerita nak tidokan anak buah ramai2 lak tu..abis je cerita terus suruh tido..ade ke patut..tapi pak itam memang best kalau citer hikayat melayu lama versi penglipurlara istana melayu zaman dedulu..huhu..ape kak long merepek ni cik teh..

cik teh, kaklong teringat lah arwah opah bersungguh2 ajar kaklong wat kerja sekolah matematik sampai keluarkan biji saga sebab nak ajar operasi tambah&tolak..tak lupe gak maksu tupin yang bersengkang mata siapkan keje sekolah kaklong..haha..well, u know me..bile cuti sekolah je terus balik sahom..pastu tak ingat dunia main jambo masak2 kat belakang umah, opah punyelah sporting..siap bekalkan minyak tanah..haha..pastu berendam kat sungai sampai kena tempik baru nak balik umah..makan jemput kucai berebut2..haha..hodohnye perangai zaman budak2 dulu..pastu main cikgu2 sampai opah tak larat nak sediakan pensel..haha..yang tak boleh tahannye opah simpan semua pensel2 tu tak bagi orang lain usik..'nanti ayu balik nak main..'..huhu..teruk betul kaklong kan..sure kamu bengang je sebab opah lebihkan anak pak uda kuri..huhu..tapi opah sayang semua cucu2 die..yang paling best bile pak asan datang bawak ikan talapia..nyum2..feberet kaklong tu..hihi..

~dahla,nak sambung study..kalau citer banyak2 nanti banjir lak skudai ni..hehe

Tuesday, August 19, 2008

ana dilanda kemalasan..

malasnye hari ni..sangat2 malas...amat pemalas..ana malas nak g library sebab parking penuh dengan kete2 orang yang berkonvo..malas nak study sebab takde mood nak bace buku teks engineering management..malas nak kemaskini nota sebab takde mood dan fikiran melayang ntah kemana sepanjang hari ni..sedar2 dah malam..hehe..

hari ni dengan penuh kemalasan, ana taip gak entry ni..entry malas2..ntah camne lah boleh jadi pemalas ni..malam tadi pas isyak ana g pesta konvo..cari makanan..ntah camne rajin lak nak beli makanan tapi malas nak makan sampai abis..hmm..camni punye orang pun ade ek..penat betul bile malas ni..hehe

tengah jalan2 malas tu ana menapak masuk ke gerai perubatan cina..erm..check kesihatan tru eyes dengan tapak tangan..erm...orang tu cakap ana terlalu stress..huhu..mane die tau ek..hehe..abislah rahsia dah bocor..orang lain tak tau pun ana tengah stress dari dalam hati..terkejut gak dan malas2 mengakui..pastu die tau ana sakit bahagian pinggang, dan tulang bahagian bawah..memang macam kena renjatan elektrik bile needle tu sentuh bahagian pergelangan tangan..ajaibnya bahagian lain takde pun seteruk tu..orang tu cakap ana memiliki kesihatan yang sangat bagus..cuma masalah dengan bahagian pinggang dan tulang bahagian bawah..nasihatnye, jangan terlalu stress dengan masalah ni..insyaAllah boleh sembuh tapi memerlukan masa yang agak panjang..dan lagi satu yang hampir membuatkan airmata ana tumpah, berkenaan dengan 'susah nak carry baby time pregnant'..ana dah banyak kali dengar hal ni dan hampir lali dengan perkara ni..tapi tak dapat nak tipu hati ana..ana bersedih dengan hal ni..

lepas selesai proses perubatan, orang tu minta izin ambil gambar mata ana..sebab mata ana tidak menunjukkan masalah kesihatan yang teruk..Alhamdulillah..ana sihat tanpa penyakit merbahaya seperti 3serangkai..lepas tu snap gambar ana pulak..hehe..femes jap..orang tu cakap ana cantik..hahahahahaha..ni kes ana perasan tau..saje2 nak bagi cik teh dengki..huhuhuhuhuhu..sorilah cik teh..nak riak tak kena tempat jap..bagilah peluang kaklong perasan 1perenggan je..hihi

Thursday, August 14, 2008

pesta konvokesyen

semalam majlis perasmian pesta konvo utm oleh sultan johor..erm..ana dalam kelas finite element time malam perasmian tu..tiba2 utm digegarkan dengan bunyi bunga api...ana mengira2 didalam hati..hmm..hampir lebih dari 5minit..mak aihh...banyaknye duit utm ni...huhu..

abis kelas finite ana dan cik ida pergi merayau kat tapak pesta..ana cari swimming suit versi islamik..ermm oklah rm200..kaler pun cantik..tak ketat sangat dan selesa..esok nak g jusco tebrau survey kat sane lak..dah tuwe ni malu nak pakai yang macam perenang olimpik pakai..hehe..kesian kat suami nanti dah takde yang istimewa nak disimpan khas untuk pembayar mas kahwin..hehe..

ana tengok2 keliling tapi takde ape yang best..last2 ana g beli puding..22biji = rm2..dengan semangatnye ana pilih2 puding perbagai warna tu ala2 siti sifir tengah nyanyi sifir dua (citer ALONG..hehe)..bile balik bilik ana dengan bangganya gtau kat cik ida yang ana berjaya membeli puding dengan harga yang murah dimusim semua barang naik harga..tapi sebagai pengguna bijak, ana telah mencongak kos sebenar untuk sebiji puding tu..ermm..mahalnye..ana telah tertipu dengan 22biji = rm2..huhu..masa nak beli tak fikir pun camtu..sekarang nih rase sayang nak makan walau sebijik pun..mahal ooo....sayu je tengok puding kat atas box makanan...hehe

--mood --> hepi sebab belajar jadi murah senyuman..hehe

Tuesday, August 12, 2008

alhamdulillah segalanya selesai..

hari ni hari paling bahagia untuk diri ana apabila segala masalah yang membelenggu seminggu ni selesai jua akhirnya..masalah ni membuatkan ana terlalu tertekan dan sangat2 menuntut agar ana jadi super tabah..ana bergelut dengan test yang terlalu susah dan sedikit sebanyak tumpuan ana terjejas dan hampir putus asa..mujurlah ana masih ingat bahawa segala ujian tu datang dari Allah..ana bersangka baik pada takdir..saban malam ana mendirikan solat hajat&taubat, berdoa agar segala kesulitan ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana ana hampir hilang daya dan semangat untuk handle segala jenis tekanan yang datang dari segenap penjuru..hanya berbekalkan naskah buku 'La Tahzan', ana ubati hati ana dengan perlahan2..kadang2 hampir tak tertanggung dan menyebabkan ana menyerabutkan my bro abubakar..kesian abubakar..

ana redha dan pasrah atas segala yang berlaku..ap
e yang boleh ana doa ialah agar "mereka" sentiasa bahagia..ana taknak menjadi musuh, dan ana tak mampu nak jadi sahabat..ana cuma mintak supaya dibebaskan dari segala yang membuatkan ana lebih sedih dan sakit..ana taknak hancurkan masa depan ana dengan hal2 sebegini..dan ana lepaskan orang yang ana sayang supaya dia hidup bahagia..perjalanan ana masih jauh dan ana perlu tumpukan perhatian pada diri ana sendiri, kesihatan ana, pelajaran ana..cukuplah pada masa ini ana ditemani dan diiringi oleh semangat dan doa dari keluarga yang ana kasihi, sahabat2 yang amat memahami dan banyak membantu ana dikala hati berlagu sendu..

ana amat2 bersyukur kerana banyak pengajaran yan
g ana terima dari peristiwa yang tak mungkin ana lupakan seumur hidup..membuatkan kadang2 ana termenung jauh menilai segala kekurangan dan kelemahan ana..melatih ana agar menjadi setabah2 wanita..membantu ana agar terus posotif menghadapi segala dugaan hidup..

doakan ana terus tabah dan tabah..sentiasa tabah dan menjadi wanita yang tabah..doakan ana dilimpahi segala rahmat dan kasih sayang Illahi..peristiwa ini barangkali kerana doa emak yang saban hari mendoakan kesejahteraan anak2nya dunia dan akhirat..sesungguhnya ana hanya hamba Allah yang lemah dan banyak melakukan dosa..semoga masalah ini menjadi satu titik perubahan dalam hidup ana..amin...

go ana go!!

--menangis itu perlu sebagai terapi mengubat luka dihati..

Friday, August 8, 2008

dedikasi untuk orang2 yang disayang

buat mak&ayah (pn maslimah&en sukri), adik-beradik(angah,ada,ebab,ehsan,ikhwan,amad), sepupu-sepapat(cik teh yang brutal), saudara-mara(acu yang sporting), mak&abah(pn saranoryati&en baharudin), adik-adik, sahabat diploma&degree(hada,seh,jemei,cik ida,rose,wan), my big bro abubakar..turut buat arwah opah&nenek,arwah atuk dan arwah adik..

bersama2 ini desertakan beberapa perenggan yang akan bisa membuatkan kalian berbangga kerana disayangi oleh diriku..sesungguhnya dalam meniti kehidupan ini semua manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan..dan kesalahan itu dijadikan pengajaran..pengalaman hidup yang sebegitu mematangkan diriku..dan untuk orang2 yang kusayangi, dengan ini kuberjanji akan berusaha menjadi seperti yang kalian mahu..doakan diriku menjadi "n
ur raihana yang berjaya dunia akhirat"..

terima kasih kerana mengindahkan duniaku dengan kasih sayang kalian..sesungguhnya diri ini amat beruntung mempunyai kalian..amat2 menyayangi kalian..terlalu menghargai kehadiran kalian dalam hidup ini..sesungguhnya tak dapat diucapkan dengan kata2 betapa kasihnya diriku pada semua orang yang kusayangi..

--miss u all...


deria ke enam..

kadang2 kata hati itu perlu diambil kira..ana mula belajar untuk mendengar kata hati..setelah ape yang berlaku, cik ida mengambil keputusan untuk menyiasat siapa "M" sebenarnya..kebetulan cik ida ade kawan yang satu u dengan "M", kat batang berjuntai..memang selepas dengar segala2nya, ana bersyukur sangat2 ana terlepas dari lelaki yang kuat menipu dan teruk tu..personaliti "M" dikampus betul2 berbeza dangan pe yang ana kenal..mungkin sebab jarak yang jauh, ana tak kenal sangat "M" yang sebenar..dan ana tak pernah meragui diri dia sebelum2 ni..memang ana percayakan dia..tapi itulah hal yang paling bodoh..

bukan seorang dua kawan2 ana pernah luahkan kerisauan diorang dengan aset2 yang dimiliki "M"..tapi pada ana segala2 aset dia tak penting sebab ana tak pernah menilai orang dangan aset..ana pun jauh, belajar kat terengganu, lepas tu johor..memang ana tak pernah luahkan ana risau..ana sangat2 menumpukan pada pelajaran dan "M" seolah2 seorang yang sangat memahami dan banyak memberi semangat untuk ana terus ber
jaya..ana pernah rasa ragu2 dan tak percaya pada "M" tahun lepas..ana banyak berdoa supaya Allah membantu ana dalam menyelesaikan segala keraguan..rupa2nya "M" mempunyai teman lain 2tahun lepas sampai sekarang dan ana ditipu selama ni..

kelmarin cik ida gtau kata hati dia kuat sangat cakap ana akan kahwin sebelum abis degree dengan orang yang ana kenal..hehe..kelakar sangat2..ana gelak
sepanjang sembang dengan cik ida lepas stay up..ana tak percaya..langsung tak percaya sebab ana tak pernah nampak sebarang kelainan pada hubungan persahabatan ana dengan kawan ana tu..cik ida betul2 pandai buat ana rasa kelakar untuk lupakan segala kesedihan..

yang pastinya, ana akan terus berjuang untuk pelajaran, jaga kesihatan ana sebaik mungkin, juga belajar untuk berubah kearah yang lebih baik..selangkah demi selangkah, setapak demi setapak..naluri ana kuat sangat cakap ana akan memiliki masa depan yang terlalu bahagia..amin..

---ana dan cik ida..

Tuesday, August 5, 2008

yin yang shang qu =)

ana baru balik dari kelas bahasa mandarin..baru level 1..best sangat2..happy je belajar macambudak tadika =) jenuh gak nak pronounce sukukata awalan dan akhiran..tak abis2 gelak dengan cik ida..hehe..lama2 ana rasa ana tak rugi dan tak kurang pape pun dengan ape yang telah ana lalui..ana bebas sangat2 nak wat ape yang ana suke..

ermm..boleh tak kalau ana nak jadi playgirl lak??..hehe..takdelah..gurau je..ana takkan wat benda bodoh camtu..biarlah orang lain nak wat kat kite, jangan kite wat kat orang lain..nanti kalau asyik selalu kena sumpah seranah nenek kebayan kan susah tu..idup sentiasa dikutuk..

9,10,11 & 14hb8 ni ana ade test untuk subjek instrumentation, finite element method, component design dgn engineering management..doakan ana dapat skor semua nih..ana nak start wat revision malam ni untuk subjek component design..doakan ana tau =)

hari yang amat teruk..

ermm..ana jumpe pakar siang tadi..ntahla,pakar syak ade sistem yang xbetul dalam badan ana(perhatian:ni ayat budak mekanikal..xtau dalam medic camne nak cakap..hehe) kena amik darah..20hb10 nanti besday ana, next appointment dengan orthopedik..fisioterapi lak next appointment 28hb8..untuk pengetahuan kawan2 dan sepupu(cik teh) yang ana sayang, ana sakit berikutan kes ana kena hempap besi kat bahu 4thn lepas..coccyxdynia..setakat ni masih under control..cuma mengharap semangat dari keluarga, kawan2..

ana nak kongsi satu peristiwa yang paling teruk dalam idup ana..tapi ana tak tau nak start camne..ana benci sangat lelaki yang hampir wat ana hilang semangat & keyakinan diri semester lepas..hari ni dia temankan ana g hospital..semester ni ana cuba berbaik balik dengan "M",sebab makayah ana dah kenal dia,mak ayah dia,family dia..dan dengan takdir Allah, telah terbongkar segala kecurangan dia pada ana untuk kali ke-3..ana frust sangat2 sebab ana terlalu bodoh bagi peluang pada dia..dalam keadaan sakit baru lepas wat heat treatment ana menangis kejar dia kat stesen bas sebab ana taknak dia wat perkara yang bodoh bila ana berkeras ana taknak bagi peluang pada dia lagi..

ana tak mampu nak drive kereta balik kampus,ana call cik ida&aji mintak tolong ambik kete&ana..ana menangis sebab ana bodoh sangat bagi peluang kat dia..ana soal siasat dia dengan tenang sangat2 dan ana menyampah tengok dia menangis(drama lah tu..)..kesimpulannya ana memang nekad dengan prinsip ana "say no to coupling"..walaupun ada dikalangan ahli keluarga yang tak setuju dengan tindakan ana, ana tetap tak boleh nak berbaik semula dengan "M"..biar ana tentukan idup ana..jalan idup ana masih panjang..banyak lagi tanggungjawab ana yang lain..bodoh je couple2 ni..serius ana gtau, sape2 yang bercouple tu sebenarnye tengah menuju ke arah sakit mental..kalo betul nak, kawin je terus..tak payah buang masa..

yang lagi ana hot temper, dia pinjam henset ana tadi tak pulangkan lagi sebab dia dah lari dalam kegelapan..ana tak sempat nak mintak balik henset tu..dia naik bas malam ni balik ke perak..semoga selamat sampai & harap dia tak ganggu ana lagi..time ana tulis entry ni pun dia dok ugut2 ana lagi..cakap kalau ana tak terima dia, dia akan wat ana kecewa lagi teruk..hmm..baiklah ana tido dari layan orang sakit mental camtu..eleh,sok sampai umah laju je dia ber"sayang baby" dengan pempuan tu kan..drama swasta betul..

yang penting, ana is ana..ana dah tabah dari semester lepas, insyaAllah ana takkan wat perkara bodoh..ana lebih sayangkan diri ana,family ana,masa depan ana..lebih baik ana tumpukan pada diri sendiri...ana fikir nak balik redang..ana nak tenangkan diri..kan bagus kalau ana dah dapat lesen scuba diving bulan ni...hmm...

go ana go!!

Saturday, August 2, 2008

risau..

4rd8 : have appointment with orthopedic and physioterapist..dengan keadaan sekarang, ana tak rasa ana cukup bersedia nak g hospital..selalu demam, lately selalu rasa sakit even tengah berjalan..keadaan tak berubah..atau maybe sebab ana selalu wat tak kisah dengan keadaan ana..jalan idup yang ana pilih ni kadang2 wat ana berfikir balik..ana wat macam ana ni terlalu berdikari sangat..kadang2 ana perlukan seseorang yang boleh wat ana rasa tenang, tak risau, bersemangat & bermotivasi..

ermm..maybe sebab ana rasa ana dah cukup besar untuk menyerabutkan mak ayah..kena tunjuk contoh yang baik pada adik2..pagi2 tadi adik yang belajar kat intec shah alam sms mengadu susah belajar..ana dah risau..bagi nasihat ape yang patut..sebab tu ana paling jarang nak mengadu masalah ana pada mak ayah dan adik2 sebab ana taknak diorang risau..ana sayang sangat2 kat diorang..nanti kalau ana mengadu macam mesti diorang susah hati..biarlah adik2 ana rasa ana kakak yang paling tabah, boleh jadi tempat mengadu..ana bahagia kalau orang2 yang ana sayang bahagia..

betul2 rindu kat seseorang..yang mampu wat ana tersenyum walaupun dalam hati menangis..makin hari dia semakin jauh dari ana..

Friday, August 1, 2008

seriusnye ana..hehe




Your Ideal Relationship is Marriage



You've dated enough to know what you want.

And that's marriage - with the right person.

You're serious about settling down some time soon.

Even if you haven't met the person you want to get hitched to!

real me..




Your Psyche is Yellow



You have a ton of energy - both physical and mental endurance.

You are rational and logical, and you can help almost anyone think clearly.

Optimistic and bright, you also have a secret side that's a little darker.



When you are too yellow: You will do anything to get your way, and no one will be the wiser



When you don't have enough yellow: you lack confidence, drive, and humor

my secret..hehe




What Your Handwriting Says About You



You are highly energetic. You are a passionate, intense, vigorous person.



You are somewhat outgoing, but you're not a natural extrovert. You think first before you act. You tend to be independent, rational, and logical.



You are balanced and grounded. You know how to get along well with others.



You need a bit of space in your life, but you're not a recluse. You expect people to give you a small amount of privacy, and you respect their privacy as well.



You are somewhat traditional, but you are also open to change. You listen to your head and your heart.



You are a good communicator. You work hard to get your ideas across effectively.