Tuesday, November 25, 2008

isi hati hanya Allah yang mengetahui

Hati...satu organ yang sangat misteri..isi didalam hati..

kenapa dengan hati ana..?

semampunya,sebolehnya, semua orang inginkan kesempurnaan..tetapi manusia itu tidak ada yang sempurna..ana,semampunya,semahunya,sebolehnya inginkan kehidupan yang baik, bahagia dan gembira, dikelilingi orang2 yang disayang..sangat inginkan perubahan yang baik dalam diri..bila direnung, bukan salah emak ayah, bukan salah cikgu, bukan salah kawan,..yang salah adalah diri sendiri..semahunya yang pincang itu ingin diubah, supaya tidak lagi tempang, terhencot-hencot...

hati ana sangat rindukan kedamaian suasana islamik, suasana persekitaran yang tenang..ana rindu bumi waqafan Ta'ayah, KUSZA..ana rindu segala yang menenangkan hati dan fikiran..

kenapa hati tak tenang?...banyak dosa..lalai..

abis tu nak wat pe?...jangan wat dosa..sentiasa beringat...

hmmm.....tepuk dada tanya iman..nak membimbing bukannya mudah...silap2 yang membimbing tersasar jauh..yang dibimbing apatah lagi..mampu atau tidak, jawapan pada hati..

Tuhanku,kuatkan hatiku..jangan Kau sasarkan diriku jauh dari jalanMu..jangan Kau uji aku dengan ujian yang tidak terdaya untukku pikul..hanya padaMu tempat ku bergantung..

buku rujukan tambahan untuk kaklong

"kaklong"..panggil kakchik sambil keluarkan kain dari mesin basuh..

"hmm.." jawabku..tangan menumbuk bawang dan cili untuk masak gulai taucu..

"ko patut baca buku 'aku terima nikahnya'..." tiba-tiba kakchik bersuara..sebelum ni idea-idea dan pendapat die agak sempoi dan nampak cool je..antaranya bercita-cita nak register dalam Unit Baitul Muslim..jadi, ana angkat kepala tengok kakchik..

"kenapa lak orang kena baca buku tu?.." peliknye...

"ko kan dah nak kawin..." balasnya selamba sambil tekan butang mesin basuh

**adusss...rase lesung batu melayang ke kepala, buat pusingan 360 darjah..

"emak..kaklong nak tanya.."

pagi tadi..di meja makan..sedang menggoreng ikan,ana mendekati emak..emak baru siap memantau ikhwan menyimen tepi rumah..
....
"emak..takpe ke kawin tanpa rasa cinta?"..eh,soalan ape ni..hati berkata..

emak sekadar menoleh..kemudian mengambil cawan dan duduk di meja makan..ana membontoti emak..

"kenapa tanya camtu?" emak tanya balik..sambil makan roti

"hmm.." hilang kata-kata..

setelah luahkan segala..emak menyudahi perbualan..

"istikharah..doa jika betul jodoh,mintak dipermudahkan..berserah pada Allah..Allah lebih mengetahui apa yang terbaik..kalau betul jodoh,segalanya akan berjalan lancar..hati jangan terlalu mengharap, nanti akan kecewa..cukuplah hati bergantung pada Allah, supaya tidak akan kecewa dan menyesal.."

ana cuma memandang emak..semoga menjadi lebih kuat..emak cukup memahami..cukup banyak memberi peringatan..

"Allah sebaik-baik tempat bergantung"...berulangkali hati berkata begitu..

semoga Allah memberikan yang terbaik dalam hidupku..amin



Wednesday, November 19, 2008

zaman kehancuran

sepertimana yang kite belajar dalam teori tamadun, kitarannya akan habis apabila melepasi zaman kegemilangan..lazimnya disebabkan serangan musuh, pemberontakan kerana kezaliman penguasa, berpaling dari kebenaran dan lalai dengan nikmat yang dikurniakan...

kaitannya dengan ana??

zaman kegemilangan ana hampir padam..mungkin disebabkan serangan musuh, serangan virus, lalai..yang nyatanya, kehancuran sedikit ini memberi impak yang sangat besar dalam hidup ana..keseluruhannya...

impian ana, pendirian ana, matlamat ana, segala-galanya...semoga ana cepat bangkit dari kejatuhan ini dan build up new life, new Nur Raihana and new destiny..

-beramal kerana Allah

Tuesday, November 4, 2008

final exam

saat yang paling mendebarkan...
kalau boleh taknak final..tolonglah....hehe
pape pun kena tempuh gak minggu yang menakutkan ni..huuuuu...mak..ayah...tolong jawabkan exam ni...