Saturday, March 28, 2009

said buli kak ana =P

semalam mama zilal ada kelas ganti..justeru itu kak ana telah bermurah hati selama 2jam menjaga baby said yang tembam itu..hehe..ayat ape nih..

awal2 lagi mama zilal dah pesan pada said "buli kakak ni tau"..dan si kecik tu macam faham je arahan mama die..memang dibuli abis2 kakak yang kurus kering ni..huhu..

edisi said membuli :
  1. said menangis kalau tak dukung
  2. said nak tido dalam dukungan
  3. said dah pandai meniarap..ini sangat menakutkan sebab said baru 3bulan..kak ana sangat terkejut dan terus report pada mama zilal..
  4. said asyik nak main walaupun mata dah merah mengantuk..
  5. susah nak pakaikan pampers sebab said mula merengek nak nangis tiap kali dibaringkan..
tapi sangat terhibur dengan telatah said..walaupun kelas ana dari pagi sampai petang kat lab production, semua rasa penat hilang bila main dengan baby said..aduhai...said yang comel telah berjaya membuat kak ana rasa nak kawin cepat, taknak terus sambung PhD..huhu..opss..tak boleh..lagi 5tahun baru kawin..kena ade PhD dulu..--> berapakah nilai hantaran yang akan ayah tetapkan nanti..hehe..teringat ayah nak photostat surat penghargaan UTM nak pos pada bakal besan..alasan nak naikkan maskawin..huhu..masak..

gambar2 said yang cute...






Monday, March 23, 2009

ladies day

sangat seronok habiskan weekend dengan perkara selain thesis dan study..hehe..mula2 plan nak main netbal..dah lama sangat tak main netball..last main masa form5..sukaneka sekolah..wakil rumah tun fatimah..hoho..ingat lagi lagu tun timah..
"bila timah masuk padang..semua orang pandang2.."
"dibawah terik matahari..bersama meriahnya sukan.."


tapi lastnye ana tak jadi main netball disebabkan laili dengan adah tarik diri..huhu..sedih..tengok budak laki lawan netball jelah..kelakar gak diorang main..dah jadi m
acam basketball..kaki gerak sampai pengadil tak larat nak tiup wisel..


pastu tengok2 inai kat gerai foreigner..teruslah melekat kat kedai tu..hasilnya memuaskan hati..memang gifted betul bakat yang orang tu ade..


pastu sambil menyibuk tangok rumet and the gang main explorace, ana tunggu inai kering sikit sebelum balik bilik sambung siapkan projek advanced manufacturing technology. sampai maghrib siapkan kerja sebab malam ade ladies nite lak..semalam ana dah pusing2 cari dress dengan ilyana..sampaikan minah tu penat melangut tunggu ana masuk semua kedai..huhu..

ladies nite-->1st time seumur idup ana dapat award best dress..ahahaha..kelakar..dahlah time tu ana kat toilet..jenuh lak cik ros panggil..then rumet and the gang pun tak sangka menang 1st prize naked chef..hoho..apelagi kitorang macam be
ruk dapat belacan..haha..
--hadiah best dress..perfume dengan lip balm..tambah lah lagi berat beg make-up ana..


Sunday, March 15, 2009

first trial..

jumaat lepas ana telah berjaya menyiapkan design untuk runner system..1st trial ni ana design dengan control diameter runner untuk setiap branch..setelah siap design runner guna software Rhinoceros..then export to MOLDEX 3D..dengan penuh teruja, ana run simulation kat MOLDEX 3D..hasilnye....

--ni menunjukkan molten plastics pallet flows through runner dengan penuh bergaya..hehe


--akhirnya 3 cavity telah berjaya dan lulus dengan cemerlang manakala lagi satu mengalami masalah disebabkan connection main runner dengan branch mempunyai masalah..

setelah di'trouble shooting', ana run another trial untuk tengok filling time untuk 4cavities ni balance atanu tak..setelah berhempas pulas tiap malam rabu,khamis dan jumaat, akhirnya ana boleh tarik nafas lega untuk prepare seminar 13hb april ni..selamat projek sarjana muda 1 untuk sem ni..sem depan kena siapkan family mold pulak dan design optimization..yeyey...dah nak abis belajar..huhu

makan-makan =)


last week ana and the gang telah menyerbu rumah siti yang dah berumahtangga untuk menghabiskan gas dapur rumah die..hehe..


kitorang telah meredah hujan kilat menuju ke jusco taman U untuk membeli ikan dan sayur..sanggup tu demi makan best..


hasilnya setelah masak expressway, kitorang berjaya makan sampai kenyang..huhu..menunye ikan tongkol masak singgang, ikan bawal sweet sour, sayur sawi tumis, dan yang paling sedap, budu + ulam...hehehehehehe...

--ana masak singgang dan ulam timun+tomato tu..sweet sour ilyana, sayur cik ida...hehe..satu sorang..









Wednesday, March 4, 2009

anak buahku- said anak zilal






said yang tembam bersama pakcik die..ana bahasakan diri sebagai "kak ana" kat said sebab ana rasa ana muda lagi..haha..24thn muda lagi lah kan..hihi..apepun said telah berjaya pau kak ana sepasang baju cute kaler oren..tembam betul baru 3bulan...



jamuan perpisahan 4SMP








jamuan yang merapatkan ukhuwah kitorang..dan yang paling penting kitorang memang best =) 4SMP(ni bukan form 4 k..ni maknanye final year) penuh dengan keriuhan..

gambar2 lab CAD/CAM/CNC





lab yang paling mencabar minda...hehe..ni projek wat manufacturing process beserta program guna format mesin MAHO..ni guna UNIGRAPHICS NX3..best sangat tapi mencabar sikit sebab En.Rozaimi ajar dengan speed yang melebihi kelajuan supersonic jet..






-ni pulak Baraq bergaya disamping CMM machine..alahai..adik2 ana ni pantang tgk kakak diorg nak tangkap gambar..mesti menyelit..mesin ni kalau patah kepala kaler itam tu, sama harga dengan proton saga baru sebijik..kitorang punyelah risau nak guna..huhu..



-gaya Apam yang lemah lembut control joystick..hehe..


bulan 3-untuk thesis

ana isytihar bulan ni sebagai bulan siapkan thesis secara berjemaah =) thesis ana dah diperingkat simulation guna MOLDEX 3D software..tiap malam rabu,khamis dan jumaat ana akan b'sengkang mata di lab CAD/CAM bersama dengan 4orang lagi yang buat thesis tentang plastic injection molding..dengan tunjuk ajar kawan2 yang tengah buat final undergraduate project, ana belajar cara design runner system..rasa lega sangat bila thesis ni dah nampak senang sikit, dah tau jalan..hehe

dan buat menempa sejarah, ana bertapa di library (perkara paling pelik untuk student mekanikal), buat rujukan untuk memahami camne nak design runner system..ana pun dah tido disulami mimpi cold runner,sub runner dan hot runner..adoii....runner-mania..


gambar ni komponen pertama..ade lagi 3komponen nak siapkan..pastu kena wat family mold..pastu kena combine semua part dalam runner system..pastu kena wat analisis bagi masa seragam untuk filling..huuuu....nak rest...

--petang sok ana nak g mandi sauna untuk ilangkan stress..yiehaa...