skip to main |
skip to sidebar
hari khamis merupakan hari yang paling sibuk dan mencabar..disebabkan beberapa perkara, hari khamis menjadi hari yang paling tak menyeronokkan untuk dilalui..antara perkara itu :
- kena curi-curi keluar sejam masa lab cnc/cad/cam untuk hadir kuliah advanced manufacturing yang diajar oleh lecturer paling garang di Jabatan Pembuatan
- kelas advanced manufacturing tu terletak ditingkat paling atas, iaitu tingkat 4 manakala lab cnc/cad/cam terletak dibangunan seberang jalan..dalam masa 5minit ana kena berlari ke kelas sambil makan jambu air yang dikait sebelum masuk lab..(sorilah terseksi sikit bile lari pakai baju kurung..)
- takut nak masuk kelas bile jam melepasi angka 9pagi walaupun sesaat..(tapi girls mekanikal terkenal dengan muka tembok, yakni 'tak makan saman' kena marah macam mana sekalipun..)
setakat ni belum lagi menjadi mimpi ngeri...hehe..
-meh jemput makan nasi..hari ni gulai nangka masak lemak cili padi..fuhh...sedapnye..
tittle :
design and optimization of runner system in plastic injection molding for multi-cavity product
1st stage:
- go to Giant Hypermarket
- buy 'XX'
- show 'XX' to supervisor
- get approval stamp
- yahoooo!!!!!! fuhhh....lega
2nd stage:
- sketch 'XX' complete with dimension
- draw 'XX' by using Unighaphics NX
3rd stage:
-tidooooo.........haha
disebabkan lab ni, tak pasal je bertambah banyak kerja yang tak sepatutnye...terpaksa buat muka welfare depan kelas merayu mintak tukar schedule kelas..merayu pada lecturer yang garang, tegas dan sebagainya..mintak kelas kosong kat kakak kaunter fakulti yang tiap-tiap hari muka asyik awan kumulus-nimbus...terpaksa bergaduh tarik rambut dengan budak kelas yang sangat mengada nak menambahkan kerja ana..it is soooo hard to negotiate with guys, huarghh..
my husband-to-be tu pun 2 kali 5 gak..start nak praktikkan "lelaki adalah ketua..haha.."baca dengan intonasi suara sin chan..tapi ana kalau orang suruh obey, ana akan jadi pembangkang no1..sebab ana dah naik tocang,naik tanduk..haha..taklah..masa semakin suntuk untuk ana..sisa masa single ni ana nak merasa wat ape je yang ana nak..termasuk sengaja mencari gaduh..haha..nampak macam menarik gak jadi degil ni..nanti dah kawin tak boleh nak melawan..nampak logik kan cik teh..hehe
mak
"pasni jangan nak menerewang dah.."
ayah
"jaga kelakuan.."
maktam zilah
"dah kena booking dah tak boleh nak menerewang"
acu
"congrats..haha..new life begin.."
paklang
"baguslah ayu.."
adik2
"kahkahkah.."
me,myself and i...
huu...i lost my single life...hmmm...no more hu-ha-hu-ha..saham pun jatuh bedebuk...huh...seramnye..
end of the year...
pendapat ana tentang tahun 2008...
tahun yang sangat penuh dengan ujian..paling banyak perkara yang terjadi..semuanya bertalu-talu non-stop..dari satu hal ke satu hal..tahun yang sangat menduga & menguji ketabahan hati..masalah kesihatan, masalah relationship, dan masalah negara..masalah kewangan je takde..syukur..awal tahun penuh azam, akhir tahun pun dah penuh dengan azam..akhir tahun diakhiri dengan kesyukuran sebab segalanya berakhir dan ana mampu hadapi segalanya dengan sabar & tabah..bak kata farah fauzana, layannn...
tahun ni gak banyak belajar apa itu kehidupan..hidup yang cuma sekali ni, banyak sangat liku-liku dan simpang siur..selama ni dunia ana cuma impian ana untuk excellent dalam study, dapatkan 1st class..yang lain ana tolak ketepi, sebab ana cuma tumpu pada impian dan target ana..itu life ana, itu impian ana, itu kepuasan diri ana, itu dunia ana..dunia ana adalah segala sijil pelajar terbaik, anugerah dekan dan segala yang lain..sehinggakan ana lupa kesihatan ana, abaikan hak tubuh badan ana yang sememangnya perlu diberi perhatian..sebab dalam fikiran ana, sementara ana masih mampu untuk berusaha dapatkan segala impian ana, ana akan kerah keringat ana untuk impian ana..ana lupa ana dah menzalimi tubuh badan ana..selama ini ana benci pada kemalangan yang membataskan segalanya..ana tak boleh aktif, ana stop main ping-pong, hidup dibayangi ketakutan dan trauma, ana berhenti tonjolkan potensi diri, rasa rendah diri..hanya pencapaian dalam pelajaran yang jadi pengubat hati..sebab itu dunia ana cuma impian ana..
lama kelamaan, ana sedar segala yang berlaku dibawah kekuasaan Allah..Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..ana redha dengan segala ketentuan..
cik teh..bile nak balik m'sia??rindu lah...raya tak jumpa gak..penat tunggu ko balik...
hehe..sure cik teh tergaru-garu kepala mengenangkan sepupu yang separuh mental ni..
surat terbuka untuk semua..yang berada di angkasaraya mahupun di dasar lautan..
isinya cukup mudah...
jangan lupa masak nasik untuk lunch jap lagi..hehe
++++ana yang penat main sudoku..
lagi 2minggu nak start kuliah..need more spirit and energy..next sem ana dah start doing thesis and this is very hard-to-do job because maybe i'll do thesis about modelling plastic injection by using specific software..(cik teh,plastic injection ni bukan untuk inject pesakit tau...haha)
for next sem, ana akan letakkan target 4.00 for beginning and it will reduced based on environmental factor and performance during tests..(hopefully next sem akan lebih aman dan tenteram..) for last sem, ana just maintain DL and 1st class but sangat2 teruk sebab jatuh bergolek dan nyawa2 ikan..hampir tergelincir keluar dari range lower limit for DL and 1st class..lama termenung, menangis sikit, dan menyesal banyak sebab tak pandai handle problem..walaupun ana IQ tinggi, tapi EQ agak rendah (ini diakui SIRIM..hehe)
harap2, ana akan lebih berdaya saing, lebih agresif mengejar impian, lebih competitive dalam pelajaran..betul kata cik teh, tak rugi jadi nerd..nerd, low profile but high quality, and low maintenance..kalau dalam quality engineering, kena ikut method yang digunakan oleh Japanese..sebab they always want to reduce the cost but want to increase the quality..therefore, ana kena belajar jadi orang Jepun yang hardworking..gambate!!