Friday, August 8, 2008

deria ke enam..

kadang2 kata hati itu perlu diambil kira..ana mula belajar untuk mendengar kata hati..setelah ape yang berlaku, cik ida mengambil keputusan untuk menyiasat siapa "M" sebenarnya..kebetulan cik ida ade kawan yang satu u dengan "M", kat batang berjuntai..memang selepas dengar segala2nya, ana bersyukur sangat2 ana terlepas dari lelaki yang kuat menipu dan teruk tu..personaliti "M" dikampus betul2 berbeza dangan pe yang ana kenal..mungkin sebab jarak yang jauh, ana tak kenal sangat "M" yang sebenar..dan ana tak pernah meragui diri dia sebelum2 ni..memang ana percayakan dia..tapi itulah hal yang paling bodoh..

bukan seorang dua kawan2 ana pernah luahkan kerisauan diorang dengan aset2 yang dimiliki "M"..tapi pada ana segala2 aset dia tak penting sebab ana tak pernah menilai orang dangan aset..ana pun jauh, belajar kat terengganu, lepas tu johor..memang ana tak pernah luahkan ana risau..ana sangat2 menumpukan pada pelajaran dan "M" seolah2 seorang yang sangat memahami dan banyak memberi semangat untuk ana terus ber
jaya..ana pernah rasa ragu2 dan tak percaya pada "M" tahun lepas..ana banyak berdoa supaya Allah membantu ana dalam menyelesaikan segala keraguan..rupa2nya "M" mempunyai teman lain 2tahun lepas sampai sekarang dan ana ditipu selama ni..

kelmarin cik ida gtau kata hati dia kuat sangat cakap ana akan kahwin sebelum abis degree dengan orang yang ana kenal..hehe..kelakar sangat2..ana gelak
sepanjang sembang dengan cik ida lepas stay up..ana tak percaya..langsung tak percaya sebab ana tak pernah nampak sebarang kelainan pada hubungan persahabatan ana dengan kawan ana tu..cik ida betul2 pandai buat ana rasa kelakar untuk lupakan segala kesedihan..

yang pastinya, ana akan terus berjuang untuk pelajaran, jaga kesihatan ana sebaik mungkin, juga belajar untuk berubah kearah yang lebih baik..selangkah demi selangkah, setapak demi setapak..naluri ana kuat sangat cakap ana akan memiliki masa depan yang terlalu bahagia..amin..

---ana dan cik ida..

3 comments:

Cik Teh said...

nak kawen make sure org leh balik time tu..ngeh ngeh..next2 year will be more tougher..dah study dah jadual 3 tahun lagi..cuti seminggu je 6 bulan sekali..aisey..

kak long..just throw all the memories bout that guy to dustbin..no worth in reminiscing it..and never fear to create new ones...

ayu_ana said...

masalahnye kak long pun takut nak create new ones..terlalu takut dan serik sangat2..takpelah teh, kak long jauh lagi kena study..doakan kak long berjaya&sentiasa sihat..itu je yg kak long mintak..dan kak long rindu teh..dah lame kite tak sembang2,gelak2,gurau2..

Cik Teh said...

tak payah takut2 la..heheh..cakap kat org..senirik lagi teruk..

kak long..rasa macam nak mandi kat sungai belakang rumah opah tu..nak tido dalam kelambu,gelak kekek kekek,bangun pagi tak gosok gigi terus baca gila2..heheh..how i miss the gud old days..

k lah..nak gi study..sok pagi ada clinics..daaa...