Tuesday, August 12, 2008

alhamdulillah segalanya selesai..

hari ni hari paling bahagia untuk diri ana apabila segala masalah yang membelenggu seminggu ni selesai jua akhirnya..masalah ni membuatkan ana terlalu tertekan dan sangat2 menuntut agar ana jadi super tabah..ana bergelut dengan test yang terlalu susah dan sedikit sebanyak tumpuan ana terjejas dan hampir putus asa..mujurlah ana masih ingat bahawa segala ujian tu datang dari Allah..ana bersangka baik pada takdir..saban malam ana mendirikan solat hajat&taubat, berdoa agar segala kesulitan ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana ana hampir hilang daya dan semangat untuk handle segala jenis tekanan yang datang dari segenap penjuru..hanya berbekalkan naskah buku 'La Tahzan', ana ubati hati ana dengan perlahan2..kadang2 hampir tak tertanggung dan menyebabkan ana menyerabutkan my bro abubakar..kesian abubakar..

ana redha dan pasrah atas segala yang berlaku..ap
e yang boleh ana doa ialah agar "mereka" sentiasa bahagia..ana taknak menjadi musuh, dan ana tak mampu nak jadi sahabat..ana cuma mintak supaya dibebaskan dari segala yang membuatkan ana lebih sedih dan sakit..ana taknak hancurkan masa depan ana dengan hal2 sebegini..dan ana lepaskan orang yang ana sayang supaya dia hidup bahagia..perjalanan ana masih jauh dan ana perlu tumpukan perhatian pada diri ana sendiri, kesihatan ana, pelajaran ana..cukuplah pada masa ini ana ditemani dan diiringi oleh semangat dan doa dari keluarga yang ana kasihi, sahabat2 yang amat memahami dan banyak membantu ana dikala hati berlagu sendu..

ana amat2 bersyukur kerana banyak pengajaran yan
g ana terima dari peristiwa yang tak mungkin ana lupakan seumur hidup..membuatkan kadang2 ana termenung jauh menilai segala kekurangan dan kelemahan ana..melatih ana agar menjadi setabah2 wanita..membantu ana agar terus posotif menghadapi segala dugaan hidup..

doakan ana terus tabah dan tabah..sentiasa tabah dan menjadi wanita yang tabah..doakan ana dilimpahi segala rahmat dan kasih sayang Illahi..peristiwa ini barangkali kerana doa emak yang saban hari mendoakan kesejahteraan anak2nya dunia dan akhirat..sesungguhnya ana hanya hamba Allah yang lemah dan banyak melakukan dosa..semoga masalah ini menjadi satu titik perubahan dalam hidup ana..amin...

go ana go!!

--menangis itu perlu sebagai terapi mengubat luka dihati..

2 comments:

A Peacemaker said...

salam n peace to u..
ehmm, satu lagi persamaan...wak pun dah baca ye buku la tahzan..?
banyak2kan bersabar..moga2 terus tabah dalam menjalani ujian hidup..

ayu_ana said...

yup..sy beli 1 kat jb, 1 kt pesta buku antarabangsa..agak membantu gak bile tengah sedih..thanks 4 da wish..sy kn bljr jd tabah..