Sunday, September 21, 2008

erti hidup

kepada seseorang yang setia mengikuti perkembangan diri ana secara virtual..entry ni ana post untuk anda..

ana selalu pegang kata2 ni.."hidup ni sekali je..jadi wat yang terbaik untuk diri kita dalam hidup yang sekali ni..buat kebaikan kepada semua orang dalam kehidupan kita yang sekali ni..hargai orang2 yang hanya datang dalam kehidupan yang sekali ni..bekerja macam kita akan hidup 100tahun lagi dan beribadat seperti kita akan mati pada esok hari..buat yang terbaik dalam pekerjaan yang dilakukan dalam kehidupan yang sekali ni..dan sayangi orang yang kita sayang dalam kehidupan yang sekali ni dengan seikhlas hati.."

kena selalu berlapang dada dengan segala ujian sebab semua masalah ada jalan penyelesaian..jangan terlalu fikirkan segala hal yang merentangi jalan kita menuju kedepan..just put it aside and move forward..orang yang lemah adalah orang yang mengalah pada masalah..kena selalu ingat bahawa semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi..jangan terlalu fikirkan hal2 yang akan membawa kebinasaan dan kehancuran pada diri..

ana sentiasa penuhi jadual harian ana dengan melakukan perkara yang ana suka dan boleh membuatkan ana tenang..ana sibukkan diri ana dengan pelbagai perkara sehingga ana terasa begitu penat dan tertidur tanpa sempat berfikir mengenai hal2 yang lepas..ana berusaha semampu dan sedaya mungkin untuk memajukan diri, positif dalam segala hal, lakukan segala kerja dengan sepenuh perhatian..rahsia untuk ana sentiasa positif ialah selalu berlapang dada dengan segala ujian..

pada ana semua orang adalah istimewa..semua orang memiliki keistimewaan masing2..dan terpulanglah pada diri kita untuk menggunakan keistimewaan anugerah Allah dengan sebijaknya..ana akui semua orang ada kelemahan masing2 tapi kelemahan itu bukan penyebab untuk kita berputus asa..seharusnya jangan bersedih dengan segala ujian yang melanda..Allah tidak turunkan hujan di tengah hari melainkan untuk memperlihatkan pelangi yang cantik kepada kita..

~selamat berjuang~

ana sentiasa doakan kesejahteraan anda..semoga anda sentiasa sihat dan berjaya dalam segala perkara yang dilakukan..

2 comments:

Cik Teh said...

sape la seseorang tu? must be a great stalker..ngehngeh..

ayu_ana said...

yelah tu cik teh..