Thursday, September 25, 2008

persimpangan dilema

apakah yang akan anda lakukan bilamana anda berada di satu persimpangan?
dikanan anda adalah jalan yang anda rancang untuk diri anda sendiri
dikiri anda adalah jalan hidup yang dirancang oleh seseorang yang ingin hidup bersama anda
ana :
sentiasa memandang dengan sayu kekanan
jalan yang telah dirancang untuk diri direnung lama
sangat2 inginkan segalanya berlaku seperti yang telah dirancang
tetapi tetap mengakui bahawa sebaik2 perancang adalah Dia
lama kuberfikir
sesungguhnya diri ini masih belum sedia bergerak kekiri
kaki masih kuat berpaku di tengah2 persimpangan dan sentiasa menoleh kekanan
makin lama semakin sayang untuk meninggalkan segala perancangan yang telah dirancang
ini duniaku
aku hidup hanya sekali dan ingin melakukan yang terbaik dalam kehidupan yang sekali ini
ku mohon dan kupinta supaya kalian memahami diriku
masih terlalu awal untuk memikul tanggungjawab
masih belum bersedia untuk bergelar isteri
masih memandang kekanan
dan perlahan2 melangkah kekanan dengan azam yang tinggi
akan ku usaha untuk mencapai segala yang telah kurancang
ku doa agar kau memahami
permintaan ku ini
untuk diriku yang selama ini amat bertolak ansur dengan dirimu
beri ruang untuk diriku
aku mempunyai impian hidup
ingin berjaya dalam hidup yang sekali ini
dan aku positif melangkah meneruskan hari2 ku
aku semakin tabah dan matang untuk menjalani liku2 hidup


~usah mengharap dan usah menanti..dikanan adalah jalan hidupku..pilihanku..~

No comments: