Thursday, September 25, 2008

persimpangan dilema

apakah yang akan anda lakukan bilamana anda berada di satu persimpangan?
dikanan anda adalah jalan yang anda rancang untuk diri anda sendiri
dikiri anda adalah jalan hidup yang dirancang oleh seseorang yang ingin hidup bersama anda
ana :
sentiasa memandang dengan sayu kekanan
jalan yang telah dirancang untuk diri direnung lama
sangat2 inginkan segalanya berlaku seperti yang telah dirancang
tetapi tetap mengakui bahawa sebaik2 perancang adalah Dia
lama kuberfikir
sesungguhnya diri ini masih belum sedia bergerak kekiri
kaki masih kuat berpaku di tengah2 persimpangan dan sentiasa menoleh kekanan
makin lama semakin sayang untuk meninggalkan segala perancangan yang telah dirancang
ini duniaku
aku hidup hanya sekali dan ingin melakukan yang terbaik dalam kehidupan yang sekali ini
ku mohon dan kupinta supaya kalian memahami diriku
masih terlalu awal untuk memikul tanggungjawab
masih belum bersedia untuk bergelar isteri
masih memandang kekanan
dan perlahan2 melangkah kekanan dengan azam yang tinggi
akan ku usaha untuk mencapai segala yang telah kurancang
ku doa agar kau memahami
permintaan ku ini
untuk diriku yang selama ini amat bertolak ansur dengan dirimu
beri ruang untuk diriku
aku mempunyai impian hidup
ingin berjaya dalam hidup yang sekali ini
dan aku positif melangkah meneruskan hari2 ku
aku semakin tabah dan matang untuk menjalani liku2 hidup


~usah mengharap dan usah menanti..dikanan adalah jalan hidupku..pilihanku..~

Monday, September 22, 2008

PERMINTAAN

ANA NAK HIDUP SENDIRI..ANA SEDIH,GERAM DAN KECEWA UNTUK TERUS MENGENALI KAMU.CUKUP SAMPAI SINI ANA KENAL SIAPA KAMU.KAMU TERLALU MENGECEWAKAN.

Sunday, September 21, 2008

erti hidup

kepada seseorang yang setia mengikuti perkembangan diri ana secara virtual..entry ni ana post untuk anda..

ana selalu pegang kata2 ni.."hidup ni sekali je..jadi wat yang terbaik untuk diri kita dalam hidup yang sekali ni..buat kebaikan kepada semua orang dalam kehidupan kita yang sekali ni..hargai orang2 yang hanya datang dalam kehidupan yang sekali ni..bekerja macam kita akan hidup 100tahun lagi dan beribadat seperti kita akan mati pada esok hari..buat yang terbaik dalam pekerjaan yang dilakukan dalam kehidupan yang sekali ni..dan sayangi orang yang kita sayang dalam kehidupan yang sekali ni dengan seikhlas hati.."

kena selalu berlapang dada dengan segala ujian sebab semua masalah ada jalan penyelesaian..jangan terlalu fikirkan segala hal yang merentangi jalan kita menuju kedepan..just put it aside and move forward..orang yang lemah adalah orang yang mengalah pada masalah..kena selalu ingat bahawa semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi..jangan terlalu fikirkan hal2 yang akan membawa kebinasaan dan kehancuran pada diri..

ana sentiasa penuhi jadual harian ana dengan melakukan perkara yang ana suka dan boleh membuatkan ana tenang..ana sibukkan diri ana dengan pelbagai perkara sehingga ana terasa begitu penat dan tertidur tanpa sempat berfikir mengenai hal2 yang lepas..ana berusaha semampu dan sedaya mungkin untuk memajukan diri, positif dalam segala hal, lakukan segala kerja dengan sepenuh perhatian..rahsia untuk ana sentiasa positif ialah selalu berlapang dada dengan segala ujian..

pada ana semua orang adalah istimewa..semua orang memiliki keistimewaan masing2..dan terpulanglah pada diri kita untuk menggunakan keistimewaan anugerah Allah dengan sebijaknya..ana akui semua orang ada kelemahan masing2 tapi kelemahan itu bukan penyebab untuk kita berputus asa..seharusnya jangan bersedih dengan segala ujian yang melanda..Allah tidak turunkan hujan di tengah hari melainkan untuk memperlihatkan pelangi yang cantik kepada kita..

~selamat berjuang~

ana sentiasa doakan kesejahteraan anda..semoga anda sentiasa sihat dan berjaya dalam segala perkara yang dilakukan..

Friday, September 19, 2008

bebanan jiwa..

kadang2 ana wonder sangat2 kenapa perempuan tak boleh idup tanpa lelaki dan kenapa lelaki tak boleh idup tanpa perempuan..malam tadi masa tengah mengaji sementara tunggu isyak, adik ana call..ebab menangis lagi..bagitau die tak dapat perform bagus untuk test math die..sedih sangat2 ana dengar bila die menangis, tak makan untuk berbuka..waktu ni ana berlagak tabah..pujuk ebab..lepas letak call, ana sambung mengaji tapi dah berubah nada..tak lama selepas tu ana mula menangis..setabah2 ana, sekuat2 ana, ana still rasa sedih dan selalu menangis bila ana tak tertanggung segala bebanan jiwa..sejujurnya ana memerlukan seseorang yang boleh menjadi penguat semangat untuk ana, walaupun depan pasangan ana akan jadi orang yang paling tabah, paling kuat semangat, tapi wanita tetap memerlukan lelaki dalam hidup..ana doa supaya ana tetap tabah..demi mak ayah, adik2 ana..

selepas habis group discussion kul12malam, ana terus terbaring dan termenung..terlalu berliku jalan hidup ni..tapi ana akan tetap berusaha untuk sampai ke destinasi..rasa penat sangat2..dalam hati cakap "bagusnye kalau dah kawin, boleh luah dan mengadu macam2.."..adeii..sampai ke situ lak ana mengeluh..

sangat2 berdoa supaya suatu hari nanti ana akan bertemu dengan pelengkap hidup ana..boleh terima segala buruk dan baik ana..sanggup hidup susah dan senang dengan ana yang terlalu banyak kelemahan ni..

Thursday, September 18, 2008

projek sarjana muda chapter1

tadi ana daftar nama untuk buat projek sarjana muda (thesis) untuk semester depan..maknanye cuti sebulan ni kena betul2 bersedia fizikal dan mental untuk masuk semester depan..kena mula cari maklumat..ana ingat nak propose tajuk berkenaan dengan CAD/CAM atau CNC machine..minat ana lebih kepada computer programming dan computer aided drawing terutama solidwork dan autoCAD..memang time diploma dulu ni jadi makanan harian..cuti semester nanti nak mantapkan lagi penguasaan dalam software2 ni..nak lebih lagi kalau boleh..nak belajar pro-E dengan NASTRAN..ermm..macam tamak lak..hehe

ni tengah tunggu kelas component design kul2..ptg ni ade progress presentation untuk projek..group ana wat design untuk gear system dalam jam tangan..gear system taklah mencabar sangat berbanding dengan component lain yang terlalu complicated calculation nye..memang kitorang aim nak buat gear system sebab senang, dah belajar lebih kurang macam subjek mechanics of machine..harap2 projek ni cepat siap..huhu

~laparnye...panas terik sekarang ni...

Tuesday, September 16, 2008

persediaan mental

sebelum raya ni ana ade 5projek kena submit..component design, entreprenuership, quality control, finite element, engineering managenent..revision untuk test2 bagi semua subjek yg dijadualkan selepas raye pun kena start dari sekarang..semua kena pulun dan pulun dan pulun..semua kena siapkan on time..ni lah bab paling mencabar..bile due date semakin hampir..hehe..adei..

schedule ana sekarang ni after mengaji pas maghrib terus tarik comforter, tido sampai kul10mlm..huhu..bangun2 terus solat isyak, terawih dan macam2 lagi jenis solat..pastu study dan wat keje pape yang patut, bile rase tak larat nak study dah terus tutup lampu study dan seterusnye tido..pas sahur ana siap2 iron baju, solat subuh, mengaji dan tido sekejap sementara tggu kelas..

bukan malas nak g terawih tapi bile kelas abis kul6, kelas full from 10am to 6pm, badan ana dah nenongnenong (ermm..ni sensor ala2 bunyi siren ambulans)..harap2 ana ni kuat skitlah sistem ketahanan badan supaya boleh siapkan semua projek ni on time..

Friday, September 12, 2008

erti teman sejati

"ketika anda mendapatkan manfaat dari persahabatan dan merasa bahagia dengan persahabatan anda, maka itu adalah kebahagiaan tersendiri buat diri anda"
~La Tahzan~


~jodoh pertemuan ditangan tuhan