Friday, July 25, 2008

just a friend

Kenapa tajuk ni eh..erm..malam tadi ana sembang2 dgn cik ida pasal tajuk "takde istilah kawan baik antara lelaki&perempuan"..salah satu cara untuk kurangkan rasa mengantuk bila jam dah melewati kul2 pagi (tengah wat assignment pun boleh menyembang..hehe)..ana secara jujur ada 2orang kawan baik,lelaki,yang ana sangat2 selesa untuk berkongsi pendapat..

Soalan yang amat sukar untuk ana jawab,kenapa mesti kawan baik dengan lelaki??dah takde perempuan ke dalam dunia ni??..hehe..sebabnye,lelaki lebih realistik,pendapat diorang lebih berunsurkan logik akal dan kadang2 perempuan tak pernah terfikirkan solution pada masalah seefektif itu..lebih untuk check and balance..dan lelaki lebih jujur dan berterus-terang..ana dah rasa macam2 pengalaman berkawan dengan perempuan..perempuan lebih kuat cemburu dengan kelebihan kawan..takpayah nak tipu lah cakap mane ade perempuan camtu..ana frust sebab ramai yang cemburu tapi cara yang salah (maksudnye dengki yang jahat)..ana hanya akan cemburu berkaitan dengan kecemerlangan dan ana akan usaha untuk majukan diri untuk mengatasi pesaing ana..ana tak akan semai benih2 dengki yang jahat hanya untuk perkara2 remeh&tak masuk akal (contohnye dengki pasal baju,kasut,penampilan,rupa paras,pakwe makwe-->ntahpape je..)..atau maybe budak mekanikal tak kisah langsung pasal benda remeh temeh ni..huhu..

kenapa ana kawan baik dengan lelaki??sebab die hormat diri ana,hormat prinsip ana,banyak kritik ana (sesiapa yang puji ana,ana akan jauhkan diri dari orang tu awal2 lagi..) ,satu fahaman politik (undi itu rahsia..hehe) ,bila ana susah die sentiasa ada untuk support ana..tapi ana tak menolak kemungkinan ana lebih prefer kawan dengan lelaki sebab fakulti ana penuh dengan lelaki..(nisbah 15:1..bayangkanlah macam mana kehidupan kat fakulti..menarik kan..)

yang penting ana jelas dengan batas2, ana tak anggap lebih dari kawan baik..sebab ana susah nak berkawan dengan lelaki..tapi dua orang ni sangat2 kuat mengutuk ana..ana boleh kawan dengan diorang sebab cara diorang..sorang tu design&project engineer UMW yang tak pass lukis bending-moment diagram (ana ajar sampai tahap paling garang pun tak faham2 gak camne nak lukis diagram tu)..lagi sorang automation engineer perodua yang langsung tak terrer control engineering (memalukan betul anak murid dapat B+ je..penat ajar..)

ana harap takde lagi salah faham dikalangan pemerhati2 disekitar ana..ana agak keras hati..pilihan ana "bercinta selepas kahwin"..ana lebih selesa dengan keadaan ana sekarang..lebih fokus pada diri sendiri,adik beradik,mak ayah..yang utama wat masa sekarang ana kena study hard untuk orang2 yang ana sayang..ana taknak ambik risiko untuk bergantung pada 'special friend'..pengalaman lepas banyak mengajar ana untuk jadi lebih matang..let byegone be byegone..pada ana, istilah kawan baik tu bergantung pada tafsiran masing2..

2 comments:

Anonymous said...

salam n peace to u...
satu pandangan yg menarik..lbih kurng sama pendapat ngan saya....
it;s ok to have friends regardless whther llki @ perempuan..aslkn tahu batas2nya...tapi untk memiliki d special one rasanya buknlh sesuatu yg bagus....

teringat satu2 kata hikmah..
a real love is love after married

ayu_ana said...

betul..ana sangat2 setuju => mak cakap belajar pun tak abis lagi jangan nak mengorat..hehe